Header Ads

Forex XM
  • Empat Jenayah Samun Dalam Tempoh 30 Minit di Seremban

    Empat Jenayah Samun Dalam Tempoh 30 Minit di Seremban

    SEREMBAN - Sebanyak empat kes samun dilaporkan berlaku di daerah ini semalam dalam tempoh setengah jam disyaki dilakukan oleh kumpulan penjenayah sama yang bersenjata parang.

    Dalam kejadian bermula pukul 11 pagi itu, seorang daripada mangsa terlibat cedera di tangan akibat terkena tetakan ketika bergelut dengan suspek.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada dua lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125z berwarna hitam dan memakai topi keledar bertutup penuh.

    "Antara yang disamun ialah barangan kemas dan telefon bimbit. Jumlah kerugian bagi empat kes itu sebanyak RM15,000," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

    Mengikut modus operandi, dua suspek yang berbadan tegap dikatakan merayau di kawasan perumahan dan menyasarkan mereka yang berada di luar atau sedang memasuki pagar rumah sebagai mangsa samun sebelum diacu parang.

    "Kita sedang mengumpul maklumat dan mengenal pasti suspek yang pernah ditahan sebelum ini yang mempunyai modus operandi serupa," katanya.

    Kes samun itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 395 Kanun Keseksaan serta Seksyen 394 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan. - K! ONLINE

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad