Header Ads

Forex XM
  • Guru Ditumbuk, Ditendang Dan Dimaki Gara-gara Tegur Pelajar

    Guru Ditumbuk, Ditendang Dan Dimaki Gara-gara Tegur Pelajar

    SIBU - Seorang guru lelaki sekolah menengah di Jalan Teng Chin Hua di sini, lebam di muka dan cedera di perut selepas ditumbuk dan ditendang seorang pelajar, semalam.

    Guru disiplin berusia 40-an itu turut dimaki pelajar lelaki berkenaan selepas dikatakan menegurnya ketika perhimpunan sekolah kira-kira pukul 7.30 pagi.

    Beliau yang mengalami pendarahan pada hidungnya kemudian membuat laporan polis pada 1.30 tengah hari.

    Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi yang dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan itu dan berkata polis sudah mengenal pasti pelajar berkenaan.

    Bagaimanapun, Mohd Kamal berkata, pihaknya masih belum menahan pelajar itu untuk membantu siasatan. - Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad