Header Ads

Forex XM
  • Hamidah juara Da'i Pendakwah Milenia


    Hamidah juara Da'i Pendakwah Milenia

    Shah Alam: Da'i Hamidah muncul juara program Da'i Pendakwah Milenia musim ketiga di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini sebentar tadi.

    Kemenangan Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Ab Razak, 23, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi, pakej umrah dan saham PNB selepas mengutip markah keseluruhan sebanyak 85.9 peratus.

    Hamidah turut dipilih sebagai Da'i Pilihan D'Herbs dengan membawa pulang trofi dan iPad.
    Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da'i Fuad dan Da'i Hidayu terpaksa berpuas hati dengan hadiah sagu hati wang tunai RM5,000 berserta hadiah iringan.

    Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan dua juri tetap iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Syarhan Safie manakala Ustaz Badli Shah Alaudin selaku juri jemputan.

    Sementara itu juri awam terdiri daripada barisan artis dan personaliti Media Prima seperti Erra Fazira, Dari Seri Umie Aida, Memey Suhaiza, Aida Gadis Melayu, Da'i Adibah, Norman Hakim, Syafiq Kyle, Saiful Nizam dan Da'i Farhan.

    Sistem penjurian masih mengekalkan konsep sama iaitu 70 peratus daripada juri profesional, 20 peratus daripada juri awam dan 10 peratus lagi daripada undian penonton.

    Hamidah yang berasal dari Kedah ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka kemenangan itu dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.

    "Ilmu yang saya dapat sepanjang berada dalam program ini sudah cukup besar ertinya kepada saya apatah lagi kemenangan pada malam ini.

    "Ini adalah rezeki daripada Allah dan berkat doa kedua ibu bapa, keluarga dan penyokong," katanya.

    Pertandingan akhir itu dimulakan dengan alunan merdu para finalis mempersembahkan selawat untuk junjungan Nabi Muhammad SAW.

    Program dihoskan Datuk Rosyam Nor.

    Tiga finalis diuji dengan dua segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama lima minit menerusi tajuk pilihan masing-masing dan pada segmen kedua, mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri profesional sebelum diberikan soalan huraian selama tiga minit.

    Da'i musim ketiga ini dibawakan secara eksklusif oleh produk D'Herbs Holdings Sdn Bhd selaku penaja utama. lapor myMetro.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad