Header Ads

Forex XM
  • Ibu Muda Derita 'Gauze' Tertinggal Dalam Alat Sulit


    Ibu Muda Derita 'Gauze' Tertinggal Dalam Alat Sulit

    SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda mendakwa kakitangan di sebuah hospital kerajaan di sini melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kain kasa pembalut luka (gauze) ter­tinggal pada bahagian dalam kemaluannya selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.

    Mangsa, Norsyazwani Mohd. Nasirudin, 25, mendakwa, dia telah dima­sukkan ke hospital berkenaan dan melahirkan anaknya itu secara normal.

    Dia mendakwa sering me­ngalami kesakitan pada celah kelangkang selepas bersalin sebelum menemui gauze tersebut yang tiba-tiba terkeluar daripada kemaluannya selepas pulang ke rumah dua hari kemudian.

    “Setiap kali saya mahu duduk atau berdiri saya se­ring berasa sakit pada celah kelangkang beranggapan ia merupakan disebabkan jahitan selepas melahirkan anak,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. lapor Kosmo.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad