Header Ads

Forex XM
  • LPT2 Sudah Jadi ‘Kubur’ 73 Orang, Apa Puncanya ?!


    LPT2 Sudah Jadi ‘Kubur’ 73 Orang, Apa Puncanya ?!

    KEMAMAN – Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang 184 kilometer (KM) kini ibarat lebuh raya maut apabila telah menjadi ‘kubur’ kepada 73 mangsa dalam lebih 300 kejadian kemalangan sejak ia dibuka dua tahun lalu.

    Secara purata dalam tempoh dua tahun itu, LPT2 yang meng­hubungkan Jabor di Kemaman ke Gemuruh di Kuala Terengganu mengorbankan satu nyawa setiap 10 hari.

    Bermula dengan kes Kamariah Ismail, 54, yang terbunuh selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu suaminya merempuh seekor lembu di KM337, berhampiran Paka, insiden maut di LPT2 seolah-olah tidak berkesudahan.

    Terbaru Rabu lalu, enam sekeluarga maut selepas kereta yang dipandu oleh pengurus jualan kereta, Azaman Ramli, merempuh sebuah treler 20 tayar yang berhenti rehat di KM258.8 berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Perasing dekat Kemamam.

    Malah, laluan LPT2 dari Ajil, Hulu Terengganu ke Kemaman disifatkan oleh pengguna sebagai laluan maut dan cukup berbahaya terutama jika memandu pada waktu hujan lebat.

    Kerajaan negeri Terengganu dalam reaksi segera berkata, pihaknya akan memanggil wakil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Polis Diraja Malaysia bagi membincangkan isu keselamatan di LPT2 dalam masa terdekat.

    Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir. Rosli Othman, mesyuarat tersebut akan membincangkan isu peningkatan kes kemalangan maut di lebuh raya tersebut sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna jalan raya. lapor Kosmo.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad