Header Ads

Forex XM
  • Polis Siasat Gambar Pelancong Berb0gel Di Pulau Sibuan


    Polis Siasat Gambar Pelancong Berb0gel Di Pulau Sibuan

    PIHAK polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar bogel sekumpulan lelaki dan wanita dipercayai pelancong yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan, Semporna, Sabah seperti yang tersebar di aplikasi perbualan We Chat dan WhatsApp, baru-baru ini.

    Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Peter anak Umbuas berkata, pihaknya sudah menerima maklumat mengenai penyebaran foto itu dan sedang menyiasat sama ada gambar itu dirakamkan di Semporna atau sebaliknya.

    Memetik Berita Harian, Peter berkata, “Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah”.

    Gambar yang tersebar itu menunjukkan tujuh lelaki berbogel membelakangi kamera sambil seorang wanita berpakaian lengkap menghadap kamera.

    Mereka dipercayai pelancong dari negara China. – MYNEWSHUB.CC

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad