Header Ads

Forex XM
  • TAZKIRAH YANG SANGAT 'DEEP' DARI USTAZ INI TENTANG KEMENANGAN JDT DI PIALA AFC

    post-feature-image

    TAZKIRAH YANG SANGAT 'DEEP' DARI USTAZ INI TENTANG KEMENANGAN JDT DI PIALA AFC

    Nota : Perkongsian ini dipetik dari Facebook Azlan Shah Nabees Khan

    Perlawan akhir Piala AFC antara JDT dan Istiqlol malam ini sangat mendebarkan terutamanya buat penyokong JDT.

    Beberapa gol yang dijaringkan Istiqlol dinafikan pengadil termasuk gol pada masa tambahan minit ke 95.

    Berbincang tentang perlawan ini didalam Whatsapp group bersama guru dan sahabat-sahabat, guru kami berkongsi satu pengajaran yang sangat menarik dan penting.

    "Pengajaran bagi para asatizah dan tullabil ilm pada malam ini adalah : begitulah tamsilannya bid'ah. 


    Walaupun kelihatannya seperti gol, memang bola melepasi garisan gol dan mencecah gawang, namun sekiranya ia tidak mengikut peraturan yang ditetapkan pembuat peraturan, maka ia tidak akan dikira, walau seikhlas mana, walau secantik mana gol yang dijaringkan. 

    Begitulah ibadah, sekiranya ingin diterima di sisi pembuat syariat, maka kenalah ikut aturan yang ditetapkan syariat. Tak boleh suka-suka nak ibadah tanpa ikut petunjuk. Maka tetap yang menang, yang jaring satu gol ikut peraturan, berbanding jaring tiga tapi semua offside. 

    Begitulah mukmin, yang menang itu adalah yang tetap dengan sunnah walaupun sedikit, bukannya mereka yang bersungguh-sungguh banyak amalan tapi semuanya bid'ah." (Ustaz Mohd Fariz Zainal Abdullah)

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad