Header Ads

Forex XM
  • Tragedi 6 Sekeluarga LPT2: Kerajaan Terengganu Sedia Biayai Kos Pembelajaran Anak Mangsa


    Tragedi 6 Sekeluarga LPT2: Kerajaan Terengganu Sedia Biayai Kos Pembelajaran Anak Mangsa

    KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bersedia membiayai sepenuhnya pengajian anak mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Rabu lalu.

    Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya menerusi Yayasan Terengganu (YT) bersedia menanggung kos pembelajaran Puteri Nabila Azaman, 19, jika gadis itu bersungguh-sungguh mahu memajukan dirinya.

    Katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai halangan memenuhi cita-cita remaja itu untuk menjadi seorang guru.

    "Dalam perkara ini kita akan beri bantuan secara berperingkat selain terus memberi motivasi agar adik Puteri Nabila berjaya dalam apa yang dilakukannya," kata Ahmad Razif.

    Beliau berkata demikian selepas melawat remaja itu di kediaman neneknya di Kampung Raja, Chendering di sini hari ini. - Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad