Header Ads

Forex XM
  • TRAGIS !! Anggota TUDM Maut Rempuh Belakang Lori

    Kemalangan

    TRAGIS !! Anggota TUDM Maut Rempuh Belakang Lori

    ALOR SETAR - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas terlanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan di KM66.3 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pendang malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, mangsa V Thinagaran, 23, dari Bandar Seri Astana, Sungai Petani maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

    Beliau berkata, ketika kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.50 malam itu, mangsa yang menunggang motosikal sedang dalam perjalanan pulang dari kem TUDM Kepala Batas untuk pulang ke rumah keluarganya di Sungai Petani.

    Fadzil berkata, didapati lori berkenaan ditinggalkan tanpa pemandu dan polis sedang mengesan pemandu lori terbabit berdasarkan maklumat syarikat yang tertera pada lori tersebut.

    Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

    Sementara itu, bapa mangsa, R Vasudevan, 49, berkata, anak sulung daripada empat beradik yang berkhidmat dengan TUDM sejak empat tahun lepas itu akan pulang ke Sungai Petani setiap kali hujung minggu. - Bernama

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad