Header Ads

Forex XM
  • TRAGIS !! Pelajar Tingkatan 4 Maut Kemalangan

    kemalangan (1)
    Gambar Hiasan

    Kota Tinggi
     – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat maut apabila motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah kereta di Kilometer 30.5, Jalan Kulai-Kota Tinggi, dekat sini, pagi semalam.
    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, pada kejadian pukul 6 petang itu, Azmil Azali Adam All Halid bersama rakannya, Muhammad Tuah Bahtiardi, 16, sedang menuju ke Kulai dari arah Kota Tinggi.
    “Motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang mangsa telah melanggar bahagian tepi sebelah kiri motokar jenis Proton Persona yang mahu masuk ke simpang Kampung Tersusun Sri Delima,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
    Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi, manakala Muhammad Tuah mengalami cedera di bahagian kaki.
    Sementara itu, pemandu kereta berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, lapor Bernama.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad