Header Ads

Forex XM
  • TRAGIS !! Seorang Lagi Maut di LPT2

    Nahas-lpt2-

    TRAGIS !! Seorang Lagi Maut di LPT2

    Kemaman – Seorang pengawal keselamatan maut dan rakannya cedera parah selepas skuter yang dinaiki mereka hilang kawalan dalam kemalangan di KM 317.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2, berhampiran Plaza Tol Kerteh di sini awal pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, mangsa Samsuhaimi Che Mat, 46, maut di tempat kejadian apabila tercampak dari skuter jenis SYM yang diboncengnya selepas melanggar pembahagi jalan di lebuh raya berkenaan.

    Skuter yang ditunggang Adib Ahmad Amin Abdul Zahar, 18, dipercayai terbabas sebelum bergesel dengan pembahagi jalan itu.

    Ketika kejadian mangsa berkonvoi bersama 10 buah motorsikal lain yang dalam perjalanan pulang ke Chenor Pahang selepas pulang dari menghadiri Himpunan 60 Fastaqim yang diadakan di Kota Bharu Kelantan, Sabtu lepas.

    Ketua Polis Daerah Kemaman Supritenden Mohd. Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan rakannya turut dirawat di hospital yang sama, lapor Bernama.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad