Header Ads

Forex XM
  • Video: Aksi Sempoi Tunku Jalil Kisar Ais Di Gerai ABC


    Video: Aksi Sempoi Tunku Jalil Kisar Ais Di Gerai ABC

    KERABAT Diraja Johor sememangnya diketahui sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat jelata.

    Ini terbukti apabila baru-baru ini, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil mencemar duli dengan mengisar ais di sebuah gerai menjual air batu campur (ABC) di Pontian.

    Video itu turut dikongsikan Tunku Jalil menerusi laman Instagramnya.

    Baginda dalam pakaian kasual t-shirt hitam dan tangan kiri berbalut, kelihatan bersahaja melakukan tugasan itu sambil diperhati pemilik gerai.

    Netizen memuji sikap rendah diri Tunku Jalil yang sememangnya mudah mesra selain gemar bercampur dengan semua penduduk di Johor.

    Tunku Jalil, anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail sebelum ini disahkan menghidap penyakit kanser hati dan kini berada dalam fasa pemulihan. – MYNEWSHUB.CC

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad