Header Ads

Forex XM
  • Zamani Buat Laporan Polis Di Muar

    Muar – Polis Muar mengesahkan penyanyi terkenal Zamani Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini awal pagi semalam berhubung laporan kehilangannya dari Pusat Pengasih di Kuala Lumpur.
    Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob ketika mengesahkan perkara itu berkata bekas penyanyi utama kumpulan Slam itu telah membuat laporan polis di IPD berkenaan kira-kira pada pukul 3.45 pagi semalam.
    “Zamani sendiri telah datang membuat laporan polis di IPD Muar pada pukul 3.45 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
    Difahamkan Zamani telah menafikan beliau melarikan diri atau diculik dari pusat berkenaan sebaliknya bertindak keluar atas kerelaannya sendiri.
    Semalam, akhbar tempatan melaporkan Zamani telah melarikan diri dari Pusat Pengasih di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru, Kuala Lumpur pada pukul 10.26 malam Khamis lalu dengan menaiki kereta berwarna putih.
    Tindakannya itu telah dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) pusat berkenaan dan pengurusan pusat itu membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik, lapor Bernama.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad