Header Ads

Forex XM
  • 5 Sebab Kenapa Menjadi Single Lebih Menyeronokkan..

    5 Sebab Kenapa Menjadi Single Lebih Menyeronokkan
    Kadang-kadang mesti rasa jealous pun ada bila kita yang single ni tengok kawan-kawan semua dah ada kekasih dan juga berkeluarga. Seronok bila tengok ada couple tengok movie duduk couple seat, bila makan bersuap, selfie sama-sama lepas tu letak kapsyen sweet kat Instagram.
    Tak tahulah bila nak bahagia begitu kan? Tapi tak mengapa hidup mesti di teruskan. Mungkin belum masanya untu kita berpasangan tetapi jangan tak tahu hidup single ini pun menyeronokkan juga sebenarnya.
    Ini beberapa sebab kenapa kita yang single ni kena enjoy ke tahap maksimum sementara masih single ni.

    1) Nak tidur lama mana pun tak siapa kisah

    Kadang-kadang tu kita penat kerja tidur sampai lewat malam. Bila nak tidur tu, masuk pula email kat inbox kena buat kerja lain pula. Esok pula kekasih ajak dating pukul 10 pagi. Fuhh awal sangat tu.
    Takut tak bangun je nanti. Bila lambat bangun confirm korang kena ‘bising’ dengan kekasih korang. Kan dah bingit telinga. Tapi kalau anda single, korang boleh dapat rehat selama mana yang anda nak. Nak tidur sampai satu minggu pun takpe!

    2) Boleh beli kasut atau handbag baru untuk anda sendiri

    Kami faham, bagi yang ada kekasih tu mesti kerap bagi hadiah untuk ambil hati diorang kan? Kadang-kadang tu kumpul duit sampai berbulan-bulan untuk beli hadiah mahal.
    Tapi lagi best jika hasil duit yang korang kumpul tu beli untuk kepuasan korang sendiri. Contohnya macam kasut, handbag dan barang make up. Kalau lelaki dapat tukar rim kereta baru atau aksesori motor kan? Anda beli dan anda juga yang menggunakannya.

    3) ‘Work Hard, Play Hard’

    Anda mesti pernah dengar perkataan ‘work hard, play hard’ kan? Ini antara kelebihan bagi anda yang masih lagi single. Anda boleh luangkan masa untuk diri sendiri dan juga boleh capai impian untuk bekerja dengan lebih fokus tanpa gangguan atau masalah peribadi.

    4) Bebas dari komitmen

    Tiada komitmen! Anda nak pergi mana pun tak perlu minta izin dari sesiapa pun kan. Jadi tak perlulah nak bermesej bagai sekalipun nak keluar pergi kedai runcit dekat rumah tu.

    5) Dapat luangkan banyak masa dengan rakan & keluarga

    Keluarga sangat penting dalam dunia terutama ibu bapa kerana mereka yang membesarkan dan menyara kita sebelum ini.
    Rakan-rakan juga kerana mereka antara yang rapat dengan kita sebelum adanya kekasih, jadi inilah hikmat utama yang anda perlu tahu di sebalik menjadi single kerana anda dapat meluangkan masa bersama mereka yang terlebih dahulu menjadi sebahagian dari hidup anda.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad