Header Ads

Forex XM
  • "Saya Akan Bayar Rita Rudaini RM30K Sekaligus" - Luahan Aidil Zafuan

    aidil

    "Saya Akan Bayar Rita Rudaini RM30K Sekaligus" - Luahan Aidil Zafuan

    BARANGKALI tidak mahu isu bayaran mutaahnya terus disensasikan, bekas suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan berjanji akan membayar wang tuntutan mutaah berjumlah RM 30,000 kepada aktres wanita itu seperti yang diperintahMahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

    Aidil yang merupakan pemain bola sepak terkenal turut mendedahkan akan melangsaikan wang berkenaan sekali gus kerana tidak mahu sebarang isu lain timbul.

    Mahkamah sudah pun memberi perintah tersebut. Maka saya akan bayar. Lagipun saya tak pernah cakap tak mahu bayar. Kalau tak bayar, maksudnya saya dah langgar perintah mahkamah.

    Saya akan bayar habis (sekali gus) dan tidak mahu berhutang apa-apa lagi dengan dia.

    Cuma pihak saya belum menerima sebarang surat dari mahkamah untuk membuat pembayaran itu.

    Harap-harap tiada isu lain timbul. Setakat ini saya membayar nafkah anak-anak macam biasa, katanya kepada mStar Online.

    5 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan Aidil Zafuan membayar mutaah sebanyak RM30,000 kepada aktres itu kerana punca penceraian bukan daripada pihak Rita sebaliknya, atas tindakan Aidil yang keluar rumah.

    Mutaah adalah satu bayaran yang wajib diberikan suami kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

    Sementara itu, Aidil mendakwa tidak dapat bertemu dengan dua anaknya hasil perkongsian hidupnya bersama Rita namun, percaya anak-anaknya akan mengetahui hal sebenar suatu hari nanti.

    Rita dan Aidil bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad