Header Ads

Forex XM
  • Hasrat Lelaki Ini Berbaju Melayu Pada Hari Graduasi Di United Kingdom Akhirnya Tercapai…


    Pertama kali kami ingin mengucapkan tahniah kepada pemuda yang bernama Khairul Aiman Bin Hamdan kerana telah berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda di University Heriot Watt, United Kingdom. Nak ikutkan ramai je pelajar Malaysia kita yang berjaya graduate dengan cemerlang.
    Tapi apa yang membezakan pelajar ini dengan pelajar yang lain? Dia pakai baju melayu di hari graduasinya kat UK sana tu. Kat sini memang dah biasa kan.. Dan pemuda ni memang simpan hasrat untuk pakai baju melayu di hari graduasi nya.. Tahniah sekali lagi!

    Hari ini, aku terima ijazah sarjana. Sebuah penganugerahan yang aku terima aras pengorbanan dan doa keluarga. Sarjana ini berdiri atas kasih sayang dan pengorbanan kami bersama.
    Untuk sarjana ini, kami tabah sama sama harung rindu, jarak dan berpisah. Untuk sarjana ini, kami juangkan cinta ilmu dan teguhkan semangat. Dan dengan sarjana ini, aku harung perjalanan jarak sejauh Pulau Pinang Johor Bahru setiap minggu selama dua kali. Kadangkala naik pesawat selama sejam, dan hampir selalunya aku memandu keseorangan dengan honda lama, selama 8 jam.

    Segulung terima kasih aku kunjung pada anak Eleia dan isteri Syahilla Aziz yang sama sama berjuang untuk aku pegang sekeping sarjana. Tak lupa pada sepupu Maryam Sabirah yang jadi tulang belakang selama berjauhan. Kepada keluarga aku dan mertua yang tak putus doa dan semangat untuk aku terus bangun tidak padam. Tak lupa kepada teman serumah tempat dengar segala masalah dan tempat aku minta makanan macam macam Raz Ali.

    Kepada bekas guru guruku, pensyarah dari Masscomm UiTM terutamanya Wan Rozza dan Abd Rauf Ridzuan, tak lupa juga bekas boss Pn Hanizah (Nur Haniz) yang jadi rujukan untuk penerimaan aku di universiti, terima kasih tidak terhingga.
    Kepada Mereka yang beri aku peluang tak putus putus sejak dari diploma, terima kasih atas sokongan.

    Buat yang bertanya, memang aku sengaja mengenakan baju melayu. Sudah aku idam lama sejak mula belajar lagi. Memang impian aku mahu berbusana tradisi, agar aku sentiasa tak lupa kemana aku berdiri. Walau sehingga keluar negeri, baju tradisi ini akan jadi lambang jati diri. Moga aku tak cepat lupa diri.
    Kemudian, buat semua ingin tahu, di Scotland tiada pengamalan memakai mortar board( topi petak graduasi) tanda graduasi. Ini kerana ia bukan tradisi, mereka lebih galakkan berpakaian tradisi kaum sendiri.Di uni ini, cuma ada dua gred lulus iaitu, Lulus dan cemerlang. Berbanding tempat lain, punyai lulus dengan merit dan sebagainya, di sini tiada. Cuma ada 1 orang cemerlang di kelasku, yang lainnya lulus. Dan cuma kami kurang dari 10 orang lulus dan yang lainnya masih berjuang.
    Sekian coretan panjang dari aku.
    Mohd Khairul Aiman bin Hamdan
    Master of Science in Business Psychology.
    Heriot Watt University, Edinburgh

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad