Header Ads

Forex XM
  • Inilah Rupanya 4 Jenis Rumah Yang Menjadi "Favourite JIN" Suka Duduk..

    Inilah Rupanya 4 Jenis Rumah Yang Menjadi "Favourite JIN" Suka Duduk..

    Bukan semua rumah Jin suka nak menumpang. Ingat jin takde taste ke? Jin pun ada taste jugak tau..

    Al maklum makhluk bern@fsu ni harus la ada citarasa ye dak. Mesti ramai yang nak tau ciri2 rumah macam mana jin suka sangat nak tinggal even berpenghuni sekalipun.

    Jin ni spesis dia suka jer.. dia tak kira la rumah orang ke sapa.. Suka hati jin je dia nak tumpang. Jom kenali jenis rumah jin suka tinggal. 

    1. Rumah yang di bina atas penempatan Jin. Yelah.. depa kan makhluk ghaib kita mana perasaan kan tempat kita buat rumah tu sebenarnya tapak rumah jin. Tempat jin suka adalah tempat yang ada mata air takkan kering walau musim kemarau. So, kalau nak buat rumah nampak tapak rumah tu macam ada ciri2 ni rujuklah pada mereka yang arif dulu. 

    2. Rumah yang di bina atas kawasan kubur, tempat orang yang mati di bunuh atau tempat yang pernah orang buang mayat sebab jin suka berkumpul di kawasan perkuburan atau tempat yang pernah berlaku kematian macam di bunuh atau mayat yang di buang di situ. Kalau kita buat rumah kat tempat2 macam tu automatik jin akan turut tinggal bersama kita. Sebab tu kalau nak buat rumah kat tempat2 macam tu mesti di bersihkan dahulu sebelum membina rumah. 

    3. Rumah yang dibina di tempat yang pernah menjadi tempat pembuangan jin. Yelah.. kadang2 jin yang dihantar melalui sihir atau jin belaan.. orang akan buang. Risiko dia perumahan yang di bina di kawasan yang pernah jadi hutan. Yelah.. hutan kan salah satu penempatan jin. lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya. 

    4. Rumah yang menjadi tempat laluan jin keluar masuk dari alam ghaib ke dunia manusia. Selalunya tempat macam ni jin yang ada bersahabat dengan manusia. Laluan tu di gunakan untuk bertemu dengan manusia yang meminta pertolongan dari dia. Kalau kita bina rumah kat tempat macam tu jin akan jadikan rumah kita sebagai tempat persinggahan atau markas mereka. 

    Moral of the story sebelum nak bina rumah kat sesuatu tempat tu mohon rujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman & arif tentang perkara ghaib ni.

    Tapi jangan pulak dok cari orang yang amalkan amalan khurafat & syirik pulak.. Orang2 macam selalunya berdamping dengan jin.. Nak halau jin kang di bagi lagi jin lagi haru. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad