Header Ads

Forex XM
  • “Judi..Pelacuran Arak Kau Biar..Tunggu Kau!” – Kata-Kata Pemilik Kedai Vape Buat KKM



    Baru sahaja mengumumkan bahawa serbuan dan merampas cecair rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin akan dilakukan beberapa hari lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan serta merta memulakan operasi tersebut mulai semalam.
    Sehubungan dengan itu, beberapa kedai di kawasan Selangor telah menjadi sasaran utama pihak KKM melakukan serbuan tersebut. Difahamkan, ada yang mengalami kerugian sehingga RM200,000.
    Oleh itu, pemilik kedai vape meluahkan rasa bengang dan kesal melalui laman Facebook rentetan dengan tindakan yang ‘tidak adil’.

    Judi..Pelacuran Arak Kau Biar..Tunggu Kau!

    Screen Shot 2015-11-06 at 01.07.01
    Hai Subra..Lu kena ingat yaa machaa.. Apa you buat ada balasan..You kena ingat yaaaa.. Banyak sebab kenapa umno harus tumbang! Judi..pelacuran dan arak kau biar..Vape 90% malayu? Kau raid kaw2.. Tunggu kau!
    Selain itu, seorang lagi pemilik kedai di Shah Alam Mohd Azlan Mustafa, 31, juga diserbu kira-kira pukul 3 petang semalam.  Menerusi Malay Mail Online, Azlan kerugian kira-kira RM 1,000.
    Katanya, dia tidak menjual produk dari China atau yang dicampur sendiri tetapi hanya menjual stok dari Amerika Syarikat dan buatan tempatan.

    “Ini sudah kacau periuk nasi orang”

    Screen Shot 2015-11-06 at 01.24.53
    (Sekadar Gambar Hiasan)
    Notis rampasan diberikan dan pegawai KKM memaklumkan kalau nak buat rayuan perlu dilakukan dalam tempoh 24 jam, tapi apa ‘point’ dia? Kita bukan jual “raw” nikotin .
    Tambahnya, tidakan KKM dianggap “tidak adil” kerana menjejaskan periuk nasi usahawan kecil yang sedang bergelut dalam tekanan ekonomi saat ini.
    Kami bukan orang senang. Kalau betul nak rampas, kenapa tidak didik dulu masyarakat tentang vape tapi terus rampas? [Tindakan] ini sudah kacau periuk nasi orang.
    Selain itu, ini antara lagi reaksi pemilik kedai yang telah diserbu.

    Macam Haram Jadah La KKM

    Kedai Vape diserbu
    Macam haram jadah la KKM..semalam cakap di halalkan…tup2 ari ni kau nak buat rampasan kat kedai2 vape..bukan sikit modal..atas 30k tau… matila nak..berhati2 la wahai vapeshop
    Sumber : Facebook Mohd Afif Rifdi ,Saiful Kokoi Malay Mail Online/ohbulan

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad