Header Ads

Forex XM
  • KATA-KATA M.Nasir Sound Nabil Sampai TERKEDU Ketika Konsert Gegar Vaganza



    Walaupun pengacara Gegar Vaganza 2, pelawak dan pelakon Nabil dikutuk oleh orang ramai mengenai lawaknya yang melampau, tetapi Nabil masih juga dengan lawak yang dianggap ‘kasar’ oleh segelintir indivdu.

    Jika sebelum ini, Nabil membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia Musa.

    Berulang kali Nabil mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil, “Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini”.

    Nabil akhirnya terus terdiam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah padam.

    Mungin sangat malu kerana ditegur secara live di hadapan ribuan penonton konsert Gegar Vaganza 2 semalam.

    Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 2 semalam menyingkirkan Zul Handy Black dan Ezlynn yang sudah pasti kekurangan markah dari juri dan undian daripada penonton.

    Manakala 10 peserta Gegar Vaganza 2 yang masih selamat dan akan meneruskan perjuangan dalam konsert keempat Ahad ini ialah Nassier Wahab, Ezad Lazim, Amir Ukays, Nizam Laksamana, Acong Sweet Child, Sheeda, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan FarahDhiya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad