Header Ads

Forex XM
  • Kisah Ustaz Amir Membela Nasib Pesakit HIV/AIDS Tinggal Di Rumah Perlindungan Mubaligh Kristian


    Oleh sebab tidak dipedulikan dan di diskriminasikan keluarga dan masyarakat,pesakit-pesakit HIV/AIDS ini telah dijaga rapi di sebuah rumah jagaan yang dikendalikan oleh Mubaligh Kristian. Pesakit Melayu Islam juga ada disana.
    Bukanlah mahu timbulkan isu keagamaan, namun akidah mereka yang patut dirisaukan. Oleh itu, seorang hamba Allah yang berhati mulia ini ‘menghulur tangan’ untuk mereka. Sifat mulia Ustaz Amir ini hanya Allah saja dapat membalas budi baiknya.

    Beberapa hari lalu aku ada menulis mengenai Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin yg gigih memindahkan pesakit-pesakit Islam dari rumah perlindungan kendalian mubaligh Kristian.
    Tak cukup dengan itu, beliau berusaha sehabis kudrat mengumpul dana bagi membina rumah perlindungan yang serupa khusus untuk para pesakit ini menghabiskan sisa-sisa hidup mereka dengan ajaran dan bimbingan agama.
    Tahukah anda, di saat pesakit2 seperti ini dibiarkan melarat dan tidak dipedulikan walaupun oleh keluarga sendiri, Ustaz Amin dan rakan-rakannya di DarulUkhuwah ‘mengutip’ mereka, menjaga, memberi makanan dan ubatan malah hingga ke liang lahad!
    Bukan sedikit mereka yang skeptikal dan mencemuh Ustaz Amin, namun beliau sabar dan ia tidak sedikit pun membuatkan beliau berhenti dr melakukan ibadah suruhan Allah ini.
    Walaupun zahirnya pesakit HIV/AIDS kotor, berkudis, luka di sana sini, namun Ustaz Amin tetap memuliakan mereka seperti manusia lain dan bukan seperti binatang seperti mana segelintir daripada kita.
    Lihat saja gambar-gambar ini, ia mengenai seorang pesakit HIV/AIDS yang meningggal dunia tanpa keluarga dan rakan-rakan di sisi. Namun lihatlah bagaimana Ustaz Amin dan rakan-rakan menguruskan jenazahnya dari mula hingga akhir. Walaupun cuma dua tiga orang di tanah perkuburan, beliau gigih menyempurnakan jenazah tersebut dan siap talkinkan arwah.
    Bukan seorang, malah dah berpuluh jenazah penagih dadah, kutu rayau dan gelandangan penghidap penyakit HIV/AIDS yg beliau dan rakan-rakannya telah uruskan dengan baik dan sempurna.
    Tak ramai yang tahu kisah ini. Ustaz Amin lakukannya semuanya secara PERCUMA – tanpa mengharap balasan atau limpahan liputan media. Sesungguhnya bagi aku, orang seperti beliaulah ‘UNSUNG HEROES’ dalam masyarakat yg perlu kita angkat.
    Hanya Allah saja dpt membalas budi baik beliau dan warga DarulUkhuwah. Moga syurgalah hendaknya mereka kelak InshaAllah…
    .
    .
    SAK: Bersyukur mengenali Ust Amin secara personally dan pernah berganding bahu bersama-samanya.
    Menerusi Facebook milik Syahril A. Kadir, sebelum ini dia ada menceritakan kisah selanjutnya usaha Ustaz Amir memindahkan pesakit-pesakit HIV?AIDS yang bergama Islam tinggal di rumah tersebut.

    Orang Melayu Di Shelter Home Kendalian Mubaligh Kristian…Salah Siapa?

    UstazAMir1
    GENAP enam tahun lalu, aku dan rakan-rakan yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Abdullah telah berkejar ke sebuah gereja yang terletak di Batu Arang, Selangor. Ini kerana kami mendapat maklumat mengenai terdapat ramai pesakit HIV/AIDS dari keturunan Melayu dan beragama Islam pergi mendapatkan perlindungan dan rawatan dengan paderi-paderi di sana.
    Masha Allah, ternyata apa yang kami lihat dengan mata kepala kami memang BENAR. Sayu sungguh melihat keadaan mereka yang terpaksa tinggal di gereja disebabkan tidak dipedulikan dan didiskriminasikan oleh keluarga dan bangsa sendiri. Lebih sayu bilik-bilik tidur mereka dipenuhi dengan gambar Jesus dan ayat-ayat dari kitab Injil.
    Sampai di sana, kami berbincang dengan baik dengan paderi yang bertugas. Alhamdulillah, walaupun mereka risau juga dengan kehadiran kami, namun mereka kembali senang apabila kami membuktikan yang tujuan kami bukan untuk bergaduh, tetapi lebih pada menziarah saudara seagama kami di situ.
    Menurut paderi berkenaan, ia bukanlah gereja tetapi more to ‘shelter home’ di mana mereka mendapat geran untuk menjaga para pesakit HIV/AIDS yang terbiar dan melarat. Memang betul pun, kesemua mereka ini dijaga dengan rapi, diberi ubat malah yang dah terlalu lemah turut dimandikan oleh pekerja di situ. Dalam hal ni aku memang salute la pada paderi berkenaan, tetapi akidah pesakit ini yang kami risaukan.
    Lalu Ustaz Muhammad memberitahu paderi itu, kalau boleh biarlah kami yang beragama Islam ini sendiri yang menjaga sakit dan makan minum mereka. Syukur, paderi itu faham dan bersedia ‘melepaskan’ pesakit-pesakit ini dengan syarat kami menyediakan rumah perlindungan yang selesa kepada para pesakit ini, kalaupun tidak sebaik shelter home mereka sekarang.
    Alhamdulillah, berkat kerja keras Ustaz Muhammad dan rakan-rakannya, sebuah rumah perlindungan yang diberi nama Darul Ukhuwah telah didirikan di Puchong dan kami berjaya memujuk hampir kesemua pesakit Melayu di gereja itu untuk berpindah ke sana. Sementara Darul Ukhuwah siap sepenuhnya seperti mana yang ada sekarang, para pesakit ini telah kami pindahkan ke sebuah banglo lama di belakang Hospital Assunta, Petaling Jaya.
    Kita mungkin memandang jelik dan jijik pada golongan ini. Tetapi sedarkah kita, di saat kita membiarkan mereka merempat menanti ajal – ada pihak ‘lain’ yang sudi menghulurkan tangan. Mahu salahkan siapa? Tepuk dada tanya selera.

    Ramai Yang Dah Kecil Hati Dan Tak Mahu Keluar Dari Shelter Home Itu

    UstazAMir2
    Alhamdulillah, walaupun dah enam tahun berlalu, ramai yang bagi respond terhadap artikel aku berhubung anak-anak Melayu kita (AIDS/HIV) yang mendapatkan perlindungan di shelter home kendalian mubaligh Kristian tu. Ramai juga yang tertanya-tanya apa jadi lepas tu?
    OK, bila kami dah pergi ke shelter home itu, kami berbincang cara baik dengan tuan paderi untuk mengeluarkan mereka. Tuan paderi hanya bagi dua syarat. Pertama biarlah ia diputuskan secara sukarela oleh pesakit, kedua sediakan tempat/ rawatan yang sempurna pada mereka.
    Serentak itu Ustaz Muhammad tanpa berlengah lagi terus ke sana dan ke sini meminta bantuan dana dan nasihat daripada pihak agama dan berwajib. Kesian beliau. Ada beberapa pihak yang pada mulanya acuh tak acuh saja malah ada yang TAK LAYAN ustaz ini. Namun Allah maha kuasa. Berkat keikhlasan hatinya, ada pihak swasta termasuk hospital swasta di Shah Alam bersetuju menyumbangkan katil khas pada pesakit ini. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga bersetuju menyumbangkan dana setiap bulan bagi membantu Ustaz Abdullah menyelenggarakan rumah perlindungan untuk anak-anak Melayu yang kita keluarkan dari gereja ini.
    Akhirnya untuk permulaan, Ustaz Abdullah menyewa dulu sebuah banglo kosong di Petaling Jaya untuk menempatkan mereka. Percaya atau tidak, itu pun setelah habis kudrat dia mencuba kerana tiada satu pun orang kita yang nak sewakan rumah mereka kepada para pesakit ini. - ohbulan

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad