Header Ads

Forex XM
  • PELIK ?! Bau Kentut Terlalu Kuat Punca Pesawat SIA Mendarat Cemas?

    Cargo containers are loaded into a Singapore Airlines Ltd. Airbus A380 airplane at Changi Airport in Singapore, on Friday, Oct. 30, 2009. Singapore Airlines Ltd., the world's biggest carrier by market value, said it was too soon to say whether a rebound in air travel last month marked the beginnings of a long-term revival in demand. Photographer: Munshi Ahmed/Bloomberg


    SINGAPURA – Singapore Airlines (SIA) mengesahkan sebuah pesawat kargo miliknya terpaksa dilencongkan ke Bali, Indonesia ketika dalam perjalanan dari Adelaide, Australia menuju ke Kuala Lumpur, Malaysia baru-baru ini.

    Bagaimanapun jurucakap SIA dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan gas berlebihan daripada perut haiwan adalah punca penerbangan SQ7108 dilencongkan pada 26 Oktober lalu itu.

    Menurut kenyataan syarikat penerbangan kebangsaan Singapura itu, pesawat yang membawa kambing ketika waktu itu dilencongkan ke Bali setelah amaran dikeluarkan dari sistem pengesanan kebakaran dalam pesawat.

    Pesawat jenis Cargo Boeing 747 itu berjaya mendarat di Bali pada pukul 5.11 pagi waktu tempatan (sama waktu dengan Malaysia), dan setelah diperiksa teliti, tiada tanda-tanda kebakaran atau asap ditemui di ruang kargo.


    Pesawat tersebut kemudian disahkan layak beroperasi, dan berlepas semula pada 8.20 malam waktu tempatan. Ia selamat menghantar kambing-kambing berkenaan tiba di KLIA, Sepang pada pukul 11.16 malam waktu Malaysia.

    Insiden itu pertama kali dilaporkan menerusi laman web Aviation Herald pada 27 Oktober lalu yang kemudian dipetik pula oleh pelbagai media antarabangsa lain termasuk akhbar sensasi terkenal Daily Mail di Britain.

    Aviation Herald menyatakan amaran asap itu dikeluarkan kononnya akibat ‘gas ekzos dan najis kambing’ atau dalam bahasa mudah ialah bau kentut daripada haiwan ternakan berkenaan yang mungkin terlalu kuat dilepaskan.

    Jurucakap SIA dipetik stesen tempatan Channel NewsAsia memberitahu akhbar petang percuma Singapura TODAY: “Ia cuma tanggapan pihak media yang belum dapat disahkan oleh pihak kami.” – Agensi

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad