Header Ads

Forex XM
  • PELIK !! Lelaki Ini Berkahwin Dengan Pizza ?!!

    PELIK !! Lelaki Ini Berkahwin Dengan Pizza ?!!

    Tidak dapat dibayangkan, bagaimana malam pertama seorang lelaki yang ‘berkahwin’ dengan makanan segera seperti Pizza.

    Namun, itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki dari Rusia yang tidak didedahkan namanya apabila mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini makanan kegemarannya itu.

    Memetik laporan portal antarabangsa, pemuda berusia 22 tahun itu melangsungkan perkahwinan bersama ‘kekasihnya’ di sebuah restoran pizza di Bandar Tomsk, Rusia selepas pihak berkuasa Rusia dan gereja enggan menerima pendaftaran perkahwinan ‘pelik’ tersebut.

    Menurut lelaki itu, dia berkahwin dengan pizza kerana bosan hidup bujang, selain menyifatkan ‘pasangannya’ itu adalah lebih setia.

    “Cinta antara dua manusia adalah sangat rumit.

    “Ia (Pizza) tidak akan menolak atau mengkhianati anda dan akan bercakap benar dan ikhlas. Saya sukakannya,” katanya dipetik berkata.

    Dalam majlis tersebut, ‘pengantin perempuan’ yang kelihatan nipis dan rangup tiu dipakaikan kain layah (veil), manakala lelaki tersebut pula memakai kemeja.

    Perkahwinan yang berlangsung di restoran pizza itu disaksikan oleh tukang masak dan pengurus restoran berkenaan.

    Restoran pizza itu juga memberikan sijil kahwin.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad