Header Ads

Forex XM
  • Pensyarah Ini Terkejut Ada Syiah di Malaysia, Ini Nasihat Beliau Kepada Kita..


    Sementara tunggu umar di rawat. Dapat kawan baru. Pensyarah di Msu. Bidang ITt. Negara asal beliau adalah Iraq. 

    Berbual dengan dia tentang keadaan Iraq sebelum perang. Now dia tak boleh dan tak mahu balik, jika balik dia pasti akan dibunuh oleh syiah di sana. 

    Keluarga dia di sana hidup dalam bersembunyi. 

    Saya tanya dia tentang Isis. Dia kata Isis tak melambangkan islam. Ada 2 kawannya berbahasa inggeris dan mengajar bahasa inggeris di sana dibunuh. Hanya kerana mengajar bahasa asing. 

    Sedangkan waktu zaman Rasulullah Saw dahulu, tawanan perang diberi offer mengajar bahasa dan sehingga pandai membaca lalu di bebaskan. 

    Saya tanya dia bagaimana peperangan semua ini bermula. 

    Dia kata. Asalnya Saddam Hussein sangat mengawal perkembangan Syiah di sana. Syiah di sana memberontak dan mendapat bantuan Iran serta Us. Lalu terjadi peperangan saudara. Dan media memaparkan kononnya Saddam jahat. 

    Begitu juga dengan Gaddafi. 

    Begitulah juga dengan Syria.

    Syiah asalnya minoriti. Kemudian memegang tampuk-tampuk pemerintahan dan administrasi negara . Bila dah kuat dan ramai dan berkuasa. Mereka menunjukkan taring sebenar kepada sunni. 

    Pensyarah ini terkejut ada Syiah di Malaysia. Dia kata kenapa melayu perlu berfahaman Syiah? Fahaman yang mengkafirkan para sahabat Nabi Saw termasuk sahabat yang dijanjikan Syurga. 

    Mata dia agak berair bila menceritakan tentang keluarga dia. 

    Dia keluar awal dari Iraq dan belajar di UTM.

    Katanya, embassy Iraq di sini juga menganaktirikan Sunni. Aplikasi biasiswa, aplikasi2 lain di buat endah tak endah sahaja. 

    Dia ni belum bernikah. 

    Sebab itulah, saya juga ada kawan dari Syria yang belajar di Uia. Ceritanya hampir sama. Peperangan Sunni Syiah dan di-trigger oleh sekutu jahat mereka. 

    Asalnya bandar di Syria di Iraq di Libya semuanya secantik Kuala Lumpur.

    Jika dibiarkan Syiah berleluasa di Malaysia ini..... tak mustahil.. 

    Cegah sebelum parah.

    Kenali pasangan Anda. 
    Kenali keluarga anda.
    Kenali saudara-mara anda.
    Kenali jiran anda. 

    Saya tak tahu nak ucapkan apa, cuma saya cakap, Allah pilih dia untuk lalui ujian ini. Moga Allah swt pertemukan kembali keluarga dia dengan dia. Moga Allah swt ampuni dia dan meningkatkan darjat dia. 

    Ujian kita pun ada juga.


    Perkongsian oleh saudara Zulhafidz Yahaya di Facebook beliau.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad