Header Ads

Forex XM
  • Permohonan 3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB (RMR1M)

    Permohonan 3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB (RMR1M)

    Ada yang email kepada saya mahu tahu mengenai ciri-ciri dan kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) SPNB, memandangkan saya sering mempromosikan program perumahan ini untuk kemudahan rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan, saya bukanlah agen kepada program perumahan rakyat SPNB. Saya cuma menyalurkan dan menyebarkan maklumat dalam pengetahuan agar dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

    Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997. Antara projek yang mendapat kejayaan dan mendapat sambutan ialah Rumah Mesra Rakyat, dan program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) adalah salah satu dari cabang projek SPNB.

    Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

    Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB
    Program RMR1M adalah program projek nasional untuk membantu mereka yang mungkin menghadapi masalah untuk mendapatkan dan mendirikan rumah sendiri. Program ini diwujudkan bagi membantu golongan terutama yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

    3 Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

    Projek RMR1M bawah SPNB menawarkan 3 kategori atau jenis rumah mengikut keluasan. Harga rumah pula bermula dari RM45,000 sehingga RM65,000 dengan diberikan subsidi kerajaan pada kadar 2% daripada faedah pinjaman perumahan.

    Kategori rumah paling selesa ialah pada keluasan 1,000kps dengan harga maksima RM65,000 seunit dengan subsidi kerajaan sebanyak RM20,000. Untuk info, program ini juga diadakan secara berkelompok (RMR1M Berkelompok) di kawasan-kawasan ADUN tertentu.

    Kategori 1 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 1000 Kaki Persegi

    Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 1

    Kategori 2 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 850 Kaki Persegi 

    Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 2

    Kategori 3 - Rumah Sesebuah 1 Tingkat Keluasan 700 Kaki Persegi 

    Kategori Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB - Jenis 3

    Syarat Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB

    Untuk memohon skim perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia dibawah kendalian SPNB, pemohon mestilah memenuhi kriteria dan syarat am di bawah:
    • Warganegara Malaysia.
    • Berumur 18 hingga 65 tahun*.
    • Pendapatan kasar seisi rumah di antara RM750 sehingga RM3,000 sebulan.
    • Pemohon/Pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang/tidak sempurna.
    • Pemohon mesti tuan punya tanah dan/atau salah seorang tuan punya tanah bersama dalam geran/suratan hakmilik.
    • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan keatasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
    • Keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800 kps.
    • Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui SPNB.
    * Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 43 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-43 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) kecuali bagi kawasan pulau
    * Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 41 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-41 tahun diperlukan dan penjamin (sekiranya perlu) 

    Jika anda perasan, syarat di atas telah dipinda daripada syarat asal permohonan terutama untuk syarat pemilikan tanah. Sebelum ini, syarat agak ketat kerana hanya pemilik tanah sahaja boleh memohon projek atau skim RMR1M.


    Sehingga entri ini ditulis, sebanyak 34,043 unit Rumah Mesra Rakyat telah siap dibina oleh SPNB di seluruh Malaysia - termasuklah yang telah diduduki oleh pemohon.

    Jumlah Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia SPNB Seluruh Malaysia

    Cara Membuat Permohonan

    Untuk membuat permohonan skim atau projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia ini, anda boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Wakil Rakyat atau ADUN di kawasan masing-masing. Borang lengkap perlu dimajukan dan diserahkan ke mana-mana pejabat cawangan SPNB berdekatan.

    Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

    Berikut adalah beberapa contoh rumah mesra rakyat yang telah siap dan diduduki untuk tahun 2015.
    Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M
    Contoh Rumah Skim atau Projek RMR1M

    Untuk maklumat terkini dan lanjut, anda boleh semak di laman web SPNB Rumah Mesra Rakyat:

    Laman Web Rumah Mesra Rakyat SPNB

    Sumber:  www.hasrulhassan.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad