Header Ads

Forex XM
  • RESPEK BRO !! Walaupun Kurang Upaya, Lelaki Ini Mampu Panjat & Bersihkan Bukit Broga

    Baru baru ini foto seorang lelaki kurang upaya memanjat bukit viral di laman sosial. Walaupun pergerakan terbatas kerana kekurangan dirinya namun itu tidak menghalang untuk melakukan apa yang diminati.
    Terbaru,usaha murni lelaki ini yang turut serta dalam satu program membersihkan Bukit Broga wajar diberi pujian dan dijadikan contoh kepada orang ramai.


    Lelaki yang bernama Hasrullah ini dikatakan sewaktu kecil mengalami demam polio sehingga mengakibatkan kecacatan ini.
    Bagaimanapun kesungguhannya ini mendapat pujian daripada orang ramai. Memang kami salute lah dekat Hasrullah ini!


    Clean & Sadaqah

    Program Clean & Sadaqah yang berlangsung pada hari minggu yang lalu itu menerima sambutan ramai yang turut serta melibatkan diri membersihkan kawasan bukit Broga.
    Ini secara tak langsung menanamkan sikap bertanggungjawab dan cinta akan kebersihan alam sekitar. Pada masa sama, kutipan derma juga dilakukan bagi membantu mereka yang memerlukan. Tahniah kepada pihak penganjur!
    clean2
    Korang yang selalu naik Bukit Broga atau mana-mana bukit itu, mohon jaga kebersihan ya. Kebersihan tanggungjawab kita bersama. Mujur ada insan mulia seperti mereka ini.
    Sumber : Muhyiddin Yaarop/ohbulan

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad