Header Ads

Forex XM
  • SAYU !! “Luluh Hati Lihat Ibu Terbujur Di Atas Jalan”

    Kemalangan-
    Gambar Hiasan
    Kuala Nerus – “Luluh hati saya melihat ibu terbujur di atas jalan, saya merangkul tubuhnya dan membawanya ke klinik Kesihatan berdekatan, tetapi gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia,” kata Mohd Din Sulong, 51, mengenai kemalangan menimpa ibunya, Munoh Mamat, 69.
    Warga emas berkenaan maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, di sini, pagi semalam.
    Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa dipercayai melintas jalan sebelum dirempuh kenderaan berkenaan menyebabkannya melambung dalam beberapa meter sebelum terjatuh di atas MPV itu.
    Mangsa ketika itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya tidak jauh dari lokasi kejadian terbabit.
    Mohd Din berkata, sebelum kejadian ibunya bermalam di rumahnya selepas bapanya, Sulong Abd Rahman, 72, ke Mersing, Johor kerana bekerja sebagai nelayan.
    “Ibu ada memberitahu saya, dia mahu pulang menjenguk rumahnya kira-kira 500 meter dari kediaman saya.
    “Saya katakan kepadanya akan menghantarnya pulang, tetapi memintanya bersarapan sebelum pergi ke rumahnya.
    “Bagaimanapun, tidak lama kemudian saya dikejutkan dengan dentuman kuat di luar rumah dan rupa-rupanya ibu sudah keluar rumah.
    “Saya seolah-olah terpaku apabila mendapati ibu sendiri yang dirempuh kenderaan tidak jauh dari rumah.
    “Ketika itu, ibu masih bernyawa dan membawanya ke Klinik Kesihatan Batu Rakit, tetapi sebaik diperiksa disahkan ibu meninggal dunia,” katanya
    Menurutnya, mayat ibunya kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum diserahkan kepada ahli keluarga kira-kira jam 11 pagi.
    Katanya, ibunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Rakit, di sini, kira-kira jam 5 petang semalam, lapor Harian Metro.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad