Header Ads

Forex XM
  • "Jika Tak Tahan Sakit Jangan MENGANDUNG !!" - Kata-Kata Yang Membuat Ibu Mengandung TERSENTAP !!

    mengandung

    "Jika Tak Tahan Sakit Jangan MENGANDUNG !!" - Kata-Kata Yang Membuat Ibu Mengandung TERSENTAP !!

    Ini bukan soal Kerajaan atau Swasta tetapi hormatilah profesion anda. Anda bekerja dengan kerajaan, yang anda rawat itu juga kerja kerajaan. Entah-entah anak-anak atau anak-anak buah anda adalah anak murid guru ini, Roshaniza Mahmud. Hidup ini umpama Roda okay!

    Menyirap darah mendengar kekurangan ajar seorang dua petugas Wad Teratai, Hospital Kuala Pilah. Nak fikir baik macam mana kalau jaga orang nak beranak, kurang ajarnya tak ada bahasa! Memang AHJ! (Anak Haram Jadah). Minta maaflah petugas yang baik di hospital lain tetapi yang ada di hospital ini dah buat hal. 

    Tolonglah latih pelatih atau doktor hormat pada pesakit. Jangan fikir manusia yang terbaring di katil wad ini adalah makhluk ganjil yang tiada perasaan. Kau orang bersyukur baby tak selamat? Ayat-ayat,

    “Kalau tak tahan sakit, jangan mengandung,”

    Waktu orang tengah berlawan dengan saat kelahiran bayi 5 bulan 3 minggu, kemudian terpaksa menanti bayi yang akan pergi meninggalkan si ibu dalam jangka hayat cuma dua jam dan didendangkan pula dengan ayat-ayat seperti itu dari orang hutan zaman batu Yahudi tak ada otak.

    Bayi cukup sifat, kening tebal, berat 490 gram. Jururawat boleh cakap, “Nasib baik,”. Tahu kenapa? Kalau 500 gram, mereka kena rawat dan selamatkan bayi itu. Mereka bersyukur sebab boleh membiarkan bayi itu pergi sebab kurang 10 gram dari berat yang ditetapkan. Si ibu di sebelah asyik mendengar jururawat bertanya,

    “Baby ada lagi? Baby ada lagi?”

    Untuk dua jam, tak sabar menunggu bayi pergi (menghembus nafas terakhir) tanpa berbuat apa-apa, agak-agak nak rasa macam mana? Lepas tu, tak sabar nak bunuh bayi ke? 

    Kelam kabut potong tali pusat sampai tertinggal uri di dalam. Main game seluk, tolak dan cari-cari pula. Sewaktu nak menjahit, si ibu kena marah lagi. Tak bius, kulit dan isi kena jahit hidup-hidup. Adik meminta simpati pun diperli-perli?

    “Ala, tiga jarum saja. Kalau tak tahan jangan mengandung!”

    Apa jenis manusia yang tergamak berkata-kata seperti itu? Adik saya bukannya tak pernah mengandung. Dah bersalin anak pertama, mudah saja. Sepatutnya anak kedua yang baru berusia 23 minggu ini lebih mudah kerana lebih kecil. Dia mengakui melahirkan Allahyarham Muhammad Dhia Adni kali ini juga mudah apabila tiba waktunya. Tetapi layanan dari mula tiba di hospital sehingga selepas melahirkan bayi, amat menyakitkan. 

    Selepas bayi berjaya dilahirkan, proses seluk menyeluk yang macam tiada kesudahan, sangat menyeksakan, katanya. Adik saya seorang yang kuat, dia bukan jenis manja-manja bila sakit ini. Dia ada tali pinggang taekwando dan jurulatih atau pengurus hoki sebuah sekolah (bawa 12 tahun) di Negeri Sembilan. Dia baru saja mendapat Anugerah Guru Cemerlang tetapi cemerlang lagi petugas Hospital Kuala Pilah

    Orang seperti dia juga terasa dan terkilan dengan apa yang berlaku, apatah lagi wanita-wanita lembut yang didera sebegini? Ya Allah. Kau orang inilah yang menjadi penyumbang kepada punca-punca ibu meroyan. Berkhidmat itu bukan takat nak menjaga sakit badan pesakit saja ye, ada otak fikir! Ada ibu yang bernasib baik, yang tak merasa tidak semestinya ahli keluarga atau kawan-kawan juga tidak akan terkena. 

    Memang bukan setiap hari berlaku begini tetapi kepada yang tidak bernasib baik, ini bukan soal balasan atau hukuman. Ujian di mana-mana pun ada. 

    Antara takdir Allah mengambil kembali Allahyarham bayi Adni dan sikap manusia yang biadab tidak ada persamaan. Menerima ketentuan perginya zuriat dariNya jua pasti redha tetapi kebiadaban manusia bukan salah Allah tetapi manusia itu sendiri yang tidak menghormati anugerah Allah yang mereka sepatutnya sambut dengan penuh hormat.

    Satu nyawa dilahirkan ke dunia dari Allah s.w.t, kalau ada rasa hormat untuk satu nyawa kecil yang suci mulia itu, pastinya semua ini tidak akan berlaku. Dari zaman dulu tetap ada yang biadab. Rows Uwiewwie, love you sis.

    Saya merayu kepada bakal jururawat dan jururawat yang lama atau baru di seluruh Malaysia, janganlah marah atak dikeji mangsa-mangsa yang teraniaya. 
    Ambilkan kejadian ini sebagai iktibar agar anda tidak melakukan perkara yang sama.

    Sampaikan juga kepada rakan-rakan setugas anda keperitan dan kesedihan hati mangsa dan kaum keluarga kami. Tiada sesiapa yang mahukan situasi buruk. 

    Yang bertuah harus bersyukur, yang tidak bernasib baik, bukan soal nasib tetap soal sikap manusia yang tidak bersyukur punya pekerjaan mulia yang sepatutnya bakal menerima pahal yang masyaAllah, cukup besar ganjarannya dari Allah s.w.t. Tetapi mereka alpa, takdir tidak boleh diubah tetapi sikap dan cara kerja boleh diperbaiki.

    Tolonglah, tolong sama merasa kerana jika anda tidak mempunyai jiwa yang halus seorang insan untuk meringankan dan menyelamat insan lain, elok fikirkan untuk beralih ke profesion yang lain. Anda hanya akan menambahkan lebih ramai mangsa yang akan berdoa kepada Allah s.w.t untuk anda. Allah tidak pernah tidur. 

    Kepada jururawat yang bagus-bagus itu, terima kasih di atas layanan selama seminggu di sini. Terima kasih atas ulasan Puan Mieya dari Hospital Selayang. 

    Sebagai orang biasa, tidak bererti orang biasa tidak faham dengan prosedur dan proses kerja orang lain. Yang munasabah tiada siapa pertikaikan. Bekerja dalam bidang yang berdepan dengan orang awam, menuntut kesabaran dan etika kerja yang tinggi. Bukan hanya jururawat sahaja, bidang yang lain pun sama juga. tidak kira swasta atau kerajaan, petugas dimarahi atau dimaki oleh majikan atau pelanggan tetapi yang membezakan setiap individu adalah keterbukaan masing-masing menerima itu sebagai tugasan amanah Allah yang sepatutnya tidak dilepaskan kepada penerima perkhidmatan.

    Memang dijangka, maki-makian untuk ibu-ibu push lagilah dan sebagainya tetapi ayat-ayatnya patut diajar agar lebih hormat pada pesakit. Masa yang diambil untuk memaki atau mencaurt sama saja dengan cakap secara baik-baik. Saya lihat di sini, bukan soal nak push pesakit tetapi nak melepaskan geram petugas itu sendiri yang sudah terbiasa berbuat demikian. 

    Adik saya bukan pertama kali bersalin, dia bukan tidak tahu bila waktunya untuk potong tali pusat. Bila tidak ikhlas, sambil bertugas membebel fikir nak marahkan pesakit saja dan buat kerja sambil lewa, perkara yang tidak sepatutnya akan berlaku. Mereka tertinggal uri, memanglah kena seluk balik tetapi ianya boleh dielakkan. Matlamat tidak menghalalkan cara.

    Protokol bayi tidak cukup bulan itu kalau pesakit tidak fhaam bahasa, dari hari pertama masuk wad saya dah jerit suruh usaha selamatkan bayi. Bukan tak ada bayi yang selamat di luar negara. Hari masuk wad, hari Deepavali, hari cuti. Nak masuk swasta, doktor tak ada. Terpaksa masuk hospital situ. Bila dah masuk, kami hargai makluman yang diberikan tetapi antara doktor sendiri pun berbelah bagi. 

    Sesi satu kata ada harapan, sesi kedua kata tiada harapan. Tiga orang doktor dalam keluarga saya pun kata kes terpencil. Cuma 3% dalam dunia water broke pertengahan perjalanan pregnancy dan ada yang selamat. 

    Fine, terima takdir Allah s.w.t. Yang tak boleh teirma sikap dan layanan buruk serta biadab kakitangan terbabit.

    Dalam keluarga saya ada doktor dan bukan seorang dua yang bekerja sebagai jururawat. Kerajaan ada, swasta pun ada juga. Kalau mereka buat buruk, mereka juga akan terkena. Jadi ini bukan sebab suka-suka nak cerita untuk syok sendiri. Allahyarham datuk saya juga seorang surgeon di hospital kerajaan. Sewaktu kecil dahulu pernah mengikut datuk ke wad. Datuk baik dengan pesakit dan semua orang tetapi sekarang cucu dan cicitnya diperlakukan sebegini. – Shahriza Mahmud, Pelakon

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad