Header Ads

Forex XM
  • Batu Gergasi Pelik “Tak Jadi Tergolek” !!

    batupelik1

    Krishna’s Butter Ball atau Batu Dewa Krishna merupakan batu gergasi yang terletak di bandar Mahabalipuram di selatan India. Batu bersaiz gergasi ini kelihatan seolah-oleh akan tergolek ke bawah bukit namun ia tetap kekal pada kedudukan asal sejak ratusan tahun.

    Batu gergasi yang turut dikenali sebagai Vaan Irai Kal oleh penduduk tempatan mempunyai ukuran ketinggian melebihi 10 meter.

    Menurut mitologi Hindu, masyarakat tempatan percaya batu tersebut dihasilkan daripada mentega. Ada juga yang menganggap batu berkenaan dihasilkan oleh makhluk asing. Keajaiban Batu Krishna hingga kini masih menjadi misteri yang tak terungkai.

    Mahabalipuram diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tempat ini sentiasa dipenuhi pengunjung tempatan malah juga pelancong dari luar negara.
    Jom kita lihat gambar-gambar batu ajaib ini

      batupelik3
     batupelik

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad