Header Ads

Forex XM
  • DAGING HITAM MANIS BEREMPAH MELETOP



    Bahan-bahannya ialah:
    1. 300gm daging batang pinang **Pastikan dihiris nipis dan di toskan
    • BAHAN-BAHAN A
    1. 1 sudu teh serbuk ketumbar
    2. 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
    3. 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
    4. 1 sudu besar kicap cair
    5. 1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nak lebih pedas
    6. 2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
    7. 1/2 in halia ~ ditumbuk
    8. 1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
    9. 1 biji cili merah ~ dihiris
    10. 1 biji tomato ~ dipotong 6 atau 8
    11. minyak

    • BAHAN-BAHAN B
    1. 1 sudu besar kicap pekat
    2. 3 sudu besar kicap manis
    3. 1 sudu besar sos tiram
    4. 1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis

    CARA PENYEDIAANNYA:

    1. Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
    2. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
    3. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
    4. Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
    5. Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.

    **Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tapi kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging

    Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering.

    **bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu

    Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
    Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas-panas

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad