Header Ads

Forex XM
  • Mangsa Tiba-tiba Meracau Seperti Dirasuk Sebelum Lari dan 'Ghaib'

    Mangsa tiba-tiba meracau seperti dirasuk sebelum lari
    Mangsa Tiba-tiba Meracau Seperti Dirasuk Sebelum Lari dan 'Ghaib'

    RAUB - Hasrat sekumpulan pelancong dari Kuala Lumpur menghabiskan masa cuti menjejaki Pine Tree Trail di Bukit Fraser bertukar tragedi apabila seorang daripada 22 pelancong terbabit sesat dalam perjalanan keluar.

    Mangsa yang merupakan seorang lelaki dikatakan bersama tiga lagi rakannya tertinggal dari kumpulan berkenaan kerana seorang remaja perempuan dari kumpulan tersebut mengalami kekejangan otot.

    Mangsa dikatakan telah meracau seperti dirasuk sebelum lari memasuki laluan trail meninggalkan rakannya lalu hilang.

    Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, bagaimanapun mangsa telah ditemui oleh anggota penyelamat pada jam 9 pagi tadi dan keempat-empat mereka telah dibawa turun dalam keadaan selamat.

    Zahari berkata, kejadian bermula apabila sekumpulan 22 pelancong terdiri dari 12 lelaki dan 10 perempuan berumur 20 hingga 40 tahun itu telah masuk ke Pine Tree Trail tanpa pemandu pelancong.

    "Pada jam lebih kurang 1 petang, kesemua mereka telah sampai ke kawasan Sungai Merah yang terletak lebih kurang lima hingga enam jam perjalanan kaki.

    "Kumpulan ini kemudiannya berpecah kepada tiga kumpulan kerana ada yang mahu pulang akibat mengalami kesejukan melampau," katanya.

    Dua pegawai dan 10 anggota polis terlibat dalam operasi terbabit. Operasi menyelamat tersebut turut disertai dua pegawai dan tujuh anggota Bomba dan Penyelamat. lapor Sinar Online.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad