Header Ads

Forex XM
  • SAYU !! Bapa Maut Kereta Terhumban

    SAYU !! Bapa Maut Kereta Terhumban

    Kota Kinabalu: Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya berusia tiga tahun hanya cedera ringan selepas kereta dinaiki dua beranak itu terbabas sebelum terhumban ke tepi sungai di Jambatan Rampayan, Jalan Tuaran By Pass, dekat sini, malam tadi.

    Dalam kejadian 9.50 malam itu, mangsa Irwan Samsul, 31, pemandu kereta Proton Iswara Aeroback dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dibahagian kepalanya, sementara anak lelakinya hanya mengalami luka-luka kecil di tubuh dan kini menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, di sini.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Inanam menghala ke Tuaran dan sebaik tiba di lokasi kejadian pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum terhumban ke tepi sungai.

    "Akibat kejadian itu, pemandu tersepit dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan pemeriksaan oleh paramedik mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

    "Pemeriksaan lanjut juga terdapat seorang kanak-kanak lelaki iaitu anak kepada pemandu berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, namun hanya mengalami luka-luka kecil di tubuhnya dan dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Menurutnya, punca kemalangan masih dalan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. lapor myMetro.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad