Header Ads

Forex XM
  • "Usus Koyak, Muntah Darah" – Pelajar Universiti Terpaksa Tahan Lapar Kerana Kesempitan Wang

    Demi mengejar ilmu, tidak mustahil seseoang insan akan berkorban apa sahaja. Seperti yang diceritakan di The Malay Mail, seorang penuntut universiti terkenal mengakui bahawa dia pernah mengalami usus terkoyak sehingga menyebabkan muntah darah kerana menahan lapar akibat kesempitan wang.

    Ikat perut sehingga usus cedera

    Kerana kesempitan wang dan terpaksa berjimat cermat, seorang penuntut Sarjana Muda Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terpaksa “mengikat perut” sehingga ususnya tercedera.
    Penuntut perempuan daripada Sabah itu berkata, kesempitan wang tidak hanya berlaku di peringkat ijazah, malah sejak di peringkat asasi lagi.
    “Saya pernah alaminya ketika berada di matrik. Akibat kurang makan, usus terkoyak dan membuatkan saya muntah darah.
    “Doktor nasihatkan saya makan dan jika meneruskan tabiat tidak makan saya berisiko mendapat kanser usus. Tapi saya tidak boleh buat apa-apa kerana duit tidak ada,” kata gadis yang dipanggil Nur itu.
    Kata Nur, duitnya hanya tinggal RM150 selepas wang hasil pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjumlah RM3,000 bagi satu semester habis diguna untuk membayar yuran, dan melangsaikan hutang kawannya RM1,000 ketika persiapan memasuki universiti.
    Katanya, beliau tidak sanggup meminta wang daripada ibunya di Sandakan yang mengambil upah menjahit, malah ayahnya yang dahulunya nelayan kini tidak bekerja kerana tangan dan kaki tidak boleh bergerak.

    Ke masjid untuk tenangkan diri..

    Untuk menahan lapar, Nur terpaksa ke masjid untuk menenangkan diri sambil membaca al-Quran.
    “Biarlah saya tidak makan asalkan saya boleh kuatkan diri dengan Tuhan.
    “Lagipun saya tidak boleh melihat makanan terhidang ditambah dengan ketiadaan duit. Saya pernah berniat berhenti belajar dan mahu cari kerja untuk tolong mak ayah,” katanya.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad