Header Ads

Forex XM
  • Bukan Ditinggal Seorang Diri, Rupanya Ditinggalkan Dengan 2 Lagi Anak Lelakinya

    Bukan Ditinggal Seorang Diri, Rupanya Ditinggalkan Dengan 2 Lagi Anak Lelakinya - Kes kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditinggalkan di sebuah rumah menjadi semakin rumit apabila siasatan polis mendapati, terdapat dua remaja lelaki di kediaman tersebut, lapor Harian Metro


    Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, seorang remaja berusia 13 tahun dan seorang lagi berusia 14 tahun yang merupakan anak kepada wanita berusia 36 tahun yang ditahan, berada di dalam rumah ketika kejadian itu berlaku. 

    Siasatan mendapati, dua remaja berkenaan tidur awal jam 9 malam, sementara Adam pula ditinggalkan di sebuah bilik. 

    Bukan Ditinggal Seorang Diri, Rupanya Ditinggalkan Dengan 2 Lagi Anak Lelakinya


    "Sebaik kanak-kanak terbabit menangis pada jam 12.45 tengah malam, penduduk kampung segera memaklumkan kepada polis. Apabila penduduk mengetuk pintu rumah, dua remaja itu menyangka perompak dan terus melarikan diri menggunakan pintu belakang. Mereka terlupa Adam berada di dalam bilik.

    "Dua remaja berkenaan bersembunyi di sebuah ladang kebun kelapa sawit antara 8 atau 10 jam," katanya. 

    Sebaik saja pulang ke rumah, mereka mendapati Adam sudah tiada, lalu mereka terus menghubungi datuk mereka di Felda Jerai. Malah, dua remaja itu turut terkejut apabila dimaklumkan bahawa ibu mereka ditahan polis kerana mengabaikan kanak-kanak. 

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad