Header Ads

Forex XM
  • Denda RM10,000 & 240 Jam Khidmat Masyarakat

    Denda RM10,000 & 240 Jam Khidmat Masyarakat - Wanita yang didakwa meninggalkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun bersendirian di rumah, dikenakan denda RM10,000 atau penjara setahun dan khidmat masyarakat selama 240 jam. 


    Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, Nariman Badruddin, membuat keputusan itu selepas tertuduh, Shamsinar Ambia, 36, mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

    Mengikut pertuduhan, Shamsinar didakwa sebagai penjaga meninggalkan Muhammad Adam, 3, dalam keadaan yang tidak sepatutnya di sebuah rumah sewa yang kotor dan busuk di Kampung Parit Buluh, Tampin, jam 7 malam, Khamis lalu.

    Shamsinar didakwa mengikut Seksyen 33 (1)(c) Akta Kanak-Kanak 2001. 

    Denda RM10,000 & 240 Jam Khidmat Masyarakat


    Bagaimanapun, Shamsinar yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah meringankan hukumannya kerana mempunyai tiga orang anak berusia 13, 14 dan 17 tahun masih berskeolah. Malah, suaminya juga tiada pendapatan tetap dan dirinya juga dari keluarga miskin serta berharap hanya dikenakan denda sahaja. 

    Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya. 

    Setelah hakim meneliti dokumen pendakwaan dan rayuan tertuduh, Shamsinar dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan menjalani khidmat masyarakat di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat selama 240 jam dan jika gagal membayar denda tersebut, Shamsinar akan dikenakan penjara setahun. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad