Header Ads

Forex XM
  • Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia

    Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia KOTA SAMARAHAN, SARAWAK - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem dilaporkan meninggal dunia, hari ini. 


    Lapor Utusan Malaysia, beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan di Sarawak pada jam 1.20 tengah hari tadi.

    Adenan Satem meninggal dunia, 14 hari sebelum menjelang hari lahirnya yang ke-73.

    Ketua Menteri Sarawak Meninggal Dunia


    Adenan Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan, merupakan satu-satunya anak jati berketurunan Melayu Sarwak yang pertama memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak sejak 28 Februari 2014.

    Beliau terkenal dengan sikapnya yang lantang dan tegas dalam memastikan hak-hak rakyat Sarawak tanpa mengira kaum baik di badan mahupun di luar bandar, menjadikan beliau amat dikagumi dan disayangi oleh seluruh masyarakat Sarawak. - The Reporter

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad