Header Ads

Forex XM
  • Resepi Apam Gebu Yang Mudah Dan Sedap

    Resepi Apam Gebu Yang Mudah Dan SedapKuih apam memang kuih yang paling mudah untuk disediakan. Cuma yang menjadi masalahnya ialah kegebuannya. Kuih ini menjadi kesukaan ramai untuk hidangan yang lazat diwaktu minum petang atau untuk hidangan tetamu yang datang ke rumah anda. Jom saya kongsikan resepi apam gebu.

    Apam Gebu


    Bahan bahan apam gebu.


    3 cawan tepung gandum
    1 cawan gula kastor
    1 cawan aiskrim soda
    3 biji telur gred B
    1 sudu besar Quick 75
    1 sudu teh esen ros
    Sedikit pewarna merah/hijau
    Mangkuk kertas secukupnya


    Cara menyediakan apam gebu:


    Pukul kesemua bahan sehingga putih dan gebu. Bahagikan kepada warna yang disukai.

    Panaskan kukus.Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.

    Hidangkan bersama kelapa parut. Sesuai untuk sarapan pagi anda.


    Selamat mencuba salah satu resepi yang cukup mudah untuk disediakan.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad