Header Ads

Forex XM
  • Resepi Maggi Kari Ketam

    Maggi kari ketam amat popular di Negeri Kelantan, dan menu ini amat mudah didapati di restoran-restoran di segenap ceruk negeri Kelantan. Harganya yang taklah begitu mahal dan rasanya yang enak.. menjanjikan satu kemestian jika berkunjung ke negeri Kelantan. 


    Bagi anda yang berada dirumah, disini saya nak kongsi resepi Maggi Kari Ketam bolehlah cubanya sendiri.


    Resepi Maggi Kari Ketam



    Bahan-bahan Maggi kari ketam:

    1 bungkus mi maggi Kari - nak yang pedas - beli yang kaww..

    1-2 ekor ketam - pilih yang segar

    2-3 biji cili padi - dihiris 

    2 biji bawang merah, hiris

    1 ulas bawang putih- dihiris

    1 hirisan nipis halia- dihiris halus

    1 sudu besar sos tomato

    1 sudu besar sos cili

    3 cawan air

    1 biji telur


    Bahan-bahan untuk hiasan

    Telur rebus - dibelah dua

    Bawang goreng untuk hiasan

    Daun bawang - untuk hiasan


    Cara menyediakan Maggi Kari Ketam Kelantan:

    1. Panaskan minyak dan kuali atau periuk- tumiskan bawang merah, putih dan halia, masukkan sedikit sos cili / cili giling, sos tomato dan perencah mi maggi kari. Kacau dan masukkan air - biarkan ianya mendidih.

    2. Perlahankan api , kemudian masukkan telur , sayur (jika mahu), cili padi dan ketam - pastikan ketam sudah masak sebelum masukkan mi maggi.. masuk mi sekejap dan matikan api.

    3. Kemudiankan hias dengan daun bawang, bawang goreng dan telur...

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad