Header Ads

Forex XM
  • Ubat Untuk Hilangkan Ketumbit Mata

    Ubat Untuk Hilangkan Ketumbit Mata - Ketumbit adalah bisul kecil ataupun besar yang terletak di kelopak mata. Petanda gejala ketumbit biasanya terdapat benjolan berwarna kemerahan di kawasan kelopak mata, sama ada diatas ataupun dibahwanya. Biasanya disertai dengan bintik putih atau kuning di bahagian tengahnya. Benjolan ini akan jadi semakin membesar atau membengkak dan menyebabkan mata cepat berair, gatal dan tidak selesa bila berkedip.

    Hampir semua orang akan mengalami ketumbit pada mata. Jika mengikut nenak moyang kita, macam-macam mitos yang mengatakan penyebab ketumbit berlaku. Antaranya sebab mata suka sangat skodeng orang .

    Secara saintifiknya, ketumbit disebabkan oleh jangkitan kuman staphylococcus pada bahagian kelopak mata.


    ketumbit

    Rawatan untuk hilangkan ketumbit Mata


    Ketumbit selalunya hilang dengan sendirinya. Tetapi jika ianya tidak hlang untuk beberapa hari, anda bolehlah menuam ketumbit tadi. Jika ianya masih tidak hilang, maka antibiotik diperlukan untuk menghilangkannya. Anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik.

    Berikut merupakan cara untuk menghilangkan ketumbit dengan menuam.

    Cara-cara melakukan tuaman

    1. Ambil sehelai sapu tangan kecil
    2. Rendam dalam air suam kuku dan perah hingga tidak menitis
    3. Letakkan di atas kelopak mata dengan mata tertutup
    4. Lakukan selama 10 minit
    5. Ulang  2-3 kali sehari sehingga kutumbit pulih

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad