Header Ads

Forex XM
  • 10 Tanda-Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Anda Tahu

    10 Tanda-Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Anda Tahu

    10 Tanda-Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Anda Tahu – Penyakit gout adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kewujudan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah merupakan bahan kumuh yang  berasal daripada sejenis protein dipanggil purin. Badan manusia selalunya akan membuang bahan kumuh seperti asid urik ini melalui pembuangan air kencing (urine).

    10 Tanda-Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Anda Tahu

    Untuk pengidap goutasid urik yang telah berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan akan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.
    10 Tanda-Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Anda Tahu
    Penyakit gout juga merupakan antara salah satu penyakit yang paling lama dihidapi oleh manusia, sejak zaman dahulu lagi. Pada waktu dahulu penyakit gout ini boleh menyebabkan kecacatan, tetapi dengan adanya  kemajuan dalam bidang perubatan, penyakit gout kini sudah boleh dikawal samada melalui perubatan moden ataupun penawar tradisional gout .

    Di bawah ini adalah tanda-tanda penyakit gout yang harus anda kenalpasti sebelum ia semakin parah. Ini adalah sebagai panduan asas.

    1. Penyakit gout kebiasaannya terjadi pada ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
    2. Serangan selalunya akan berlaku secara tiba-tiba, selalunya semalaman.
    3. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan apabila bergeseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
    4. Sakit mungkin akan berlarutan berhari-hari, atau mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
    5. Sakit mungkin akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.
    6. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain juga seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
    7. Benjolan akan timbul pada sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
    8. Pengumuhan air kencing kemungkinan akan berlaku dengan lebih banyak dan kerap.
    9. Penyakit gout ini juga biasanya berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan yang tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku apabila terdapat kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan
    10. Bila tengah malam pula iaitu pesakit akan terasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat yang sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam.
    Jika anda mengalami salah satu atau beberapa daripada tanda-tanda gout diatas, anda boleh dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital yang berdekatan. Jika anda disahkan mendapat penyakit gout, ubati ia dengan segera dengan perubatan moden atau penawar gout berasaskan herba. Tanda-Tanda Penyakit Gout

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad