Header Ads

Forex XM
  • HUKUM MAKMUM MEMBACA AL-FATIHAH KETIKA IMAM MASIH MEMBACA SURAH

    HUKUM MAKMUM MEMBACA AL-FATIHAH KETIKA IMAM MASIH MEMBACA SURAH

    Soalan:
    Assalamualaikum Ustaz, Apakah hukumnya makmum masih baca Surah Al-Fatihah di belakang imam?
    -contoh situasi: ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al-Fatihah ( ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah Al-Fatihah, ini dapat kita perhatikan ketika solat berjemaah jahriyyah (subuh, maghrib dan isya).
    HUKUM MAKMUM MEMBACA AL-FATIHAH KETIKA IMAM MASIH MEMBACA SURAH


    Jawapan:
    Sunat makmum membaca al-Fatihah selepas bacaan al-Fatihah imamnya. Hal ini adalah sekiranya makmum mempunyai berat sangkaan bahawa dia sempat untuk membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk. Selepas itu, barulah makmum mendengar bacaan surah imamnya pula.

    HUKUM MAKMUM MEMBACA AL-FATIHAH KETIKA IMAM MASIH MEMBACA SURAH


    Namun, sekiranya diketahui atau berat sangkaan makmum bahawa dia tidak akan sempat membaca al-Fatihah sebelum imamnya rukuk, maka ketika itu sunat bagi makmum tersebut membaca al-Fatihah beserta dengan imam tanpa perlu menunggu imamnya selesai membaca al-Fatihah (Fath al-‘Allam, al-Syams al-Munirah).
    HUKUM MAKMUM MEMBACA AL-FATIHAH KETIKA IMAM MASIH MEMBACA SURAH
    Justeru, sunat bagi makmum mendengar bacaan imamnya (Mughni al-Muhtaj, I’anah al-Tolibin). Firman Allah Taala;
    وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
    “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”(Surah al-A’raf 204)
    Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam;
    (إذا كبر فكبروا، وإذا قرأ فأنصتوا (واه مسلم
    “Apabila imam bertakbir, maka hendaklah kamu bertakbir dan apabila imam membaca al-Quran, maka hendaklah kamu diam.”
    Sabda Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam dalam sebuah hadis hasan sahih:
    إذا كنتم خلفي فلا تقرءوا إلا بأم القرءان
    “Apabila kamu berada di belakangku (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca (al-Quran) melainkan al-Fatihah.”(al-Darqutni)
    اليسع
    Wallahu a’lam
    Sumber: USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad