Header Ads

Forex XM
  • Resepi Kek Gula Hangus Sedap Dan Mudah

    Resepi Kek Gula Hangus Sedap Dan Mudah - Resepi kek ini adalah salah satu kek kegemaran saya tapi banyak kali saya cuba buat tak pernah yang menjadi. ketika masa saya kecil saya panggil kek ini adalah kek sponge kerana sama seperti sponge.

    Resepi Kek Gula Hangus

    Resepi Kek Gula Hangus

    Kek gula hangus banyak dijual di KL, kalau sekedar teringin makan seketul dua saya lebih memilih untuk membeli. resepi ini sudah banyak di share oleh kawan-kawan internet dan kek sarang lebah ni dia perlu kenyal, jika teksturnya seperti sponge maknanya tak menjadilah kek tersebut.

    menurut saya yang membuatkan lekat namanya digelar kek sarang semut adalah jaluran halus yang menjalar lubang-lubang kecil yang sama seperti sarang semut.

    kek ini juga banyak digemari oleh banyak masyarakat Malaysia dan cuba la memasakan kek ini untuk dihidangkan pada keluarga tersayang, pasti mereka menggemarinya. jom kita layan resepinya dibawah.


    Bahan-Bahan Resepi Kek Gula Hangus Sedap

    • 5 biji telur
    • 125 gm butter
    • 1/4 cawan susu pekat manis
    • 2 sudu kecil soda bikarbonat
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 1/4 cawan gula halus
    • 1 cawan air panas

    Cara Penyediaan Resepi Kek Gula Hangus Sedap


    1. cairkan gula hingga hancur dan masukan 1 cawan air kemudian kacau sebati dan biarkan sejuk. cairkan butter dan kemudian biarkan ianya sejuk.

    2. kacau telur hingga cair dan kemudian masukan susu pekat manis (ingat jangan dipukul) kemudian kacau hingga sebati. masukan butter cair topung gandum yang sudah diayak dengan soda bikarbonat bersama gula hangus kedalam adunan terlur tadi, kemudian kacau hingga sebati dan tapiskan.

    3. kemudian siapkan loyang bersaiz 7" x 7" dan tuangkan kedalam loyang yang sudah digriskan dan dialas dengan baking paper. agar menghasilkan lubang-lubang kecil seperti sarang semut peram agak lama lebih kurang 5 jam.

    4. akhir sekali, bakar didalam oven bersuhu lebih kurang 175"C hingga masak atau lebih kurang 45 minit. dan bila sudah masak angkat dan biarkan hingga sejuk. bila sudah sejuk potong mengikut kesesuaian dan hidangkan.

    bagaimana mudah sahaja kan resepi kek gula hangus ni dan sampai jumpa diresepi sedap selanjutnya. resepi yang saya kongsikan tak manis sangat dan bila anda suka lebih manis boleh tambahkan gula ketika membuatnya.

    Selamat mencuba Resepi Kek Gula Hangus Sedap

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad