Header Ads

Forex XM
  • Ini Yang Harus Dilakukan Jika Anak Anda Tercekik Tulang Ikan

    Ini Yang Harus Dilakukan Jika Anak Anda Tercekik Tulang Ikan

    Ini Yang Harus Dilakukan Jika Anak Anda Tercekik Tulang Ikan

    Olahan Razzlyn Rosli. Sumber Wajib Baca.

    Perkara yang mengerikan ketika makan adalah apabila tercekik tukang ikan di tekak. Lebih menakutkan lagi jika ia berlaku kepada anak - anak kecil. Pasti ibu dan ayah panik dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan.


    Ini Yang Harus Dilakukan Jika Anak Anda Tercekik Tulang Ikan


    Disini kami kongsi tips jika anak anda tercekik tulang ikan semasa makan.

    1. Mencari Dimana Letaknya Tulang Ikan


    Buka mulut anak anda, gunakan lampu suluh untuk melihat kedudukan tulang tersebut. Kemudian gunakan penyepit (yang tidak tajam) apabila anda yakin dapat mencapai tulang tersebut. Tetapi jika anda tidak dapat melihat kedudukan tulang, cara yang terbaik adalah bawa pergi jumpa doktor supaya rawatan yang sesuai boleh dilakukan.

    2. Tercekik Tulang Kecil


    Jika anda yakin tulang yang tersangkut adalah kecil, gunakan jari yang bersih atau penyepit untuk menolak lidahnya sehingga membuat anak anda muntah. Apabila muntah dikeluarkan, keberangkalian tulang tersebut untuk keluar bersama muntah adalah tinggi.

    3. Tercekik Tulang Besar


    Jika anak anda tersangkut tulang besar, elakkan menyuruh anak anda menelan sesuatu sebaliknya anda perlu bawa berjumpa doktor untuk menanganinya. Meminta anak anda untuk menelan dan memuntahkan   secara tidak langsung berkemungkinan menyebabkan kerongkong anak anda luka dan dijangkiti kuman.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad