Header Ads

Forex XM
  • Lapangan Terbang Ditutup Gara-Gara Harimau Bintang

    Lapangan Terbang Ditutup Gara-Gara Harimau Bintang - KATHMANDU - NEPAL . Nepal terpaksa menutup lapangan terbang antarabangsanya selama setengah jam ekoran seekor harimau bintang dikesan berada berhampiran dengan landasan.

    Lapangan Terbang Ditutup Gara-Gara Harimau Bintang


    Lapangan Terbang Ditutup Gara-Gara Harimau Bintang


    Jurucakap lapangan terbang di Kathmandu berkata, pegawai hidupan liar dan keselamatan mencari haiwan itu dipercayai bersembunyi di dalam longkang selepas ia ditemui oleh seorang juruterbang.

    "Kami menutup lapangan terbang kira-kira 30 minit selepas kejadian dilaporkan namun haiwan berkenaan masih tidak ditemui," kata Prem Nath Thakur kepada AFP

    Satu penerbangan antarabangsa ditangguhkan dan tiada penerbangan lain telah dijadualkan semasa penutupan.

    Kathamandu terletak berhampiran hutan berbukit dan harimau bintang kadang-kadang dilihat di bandar berkenaan. - Foto AFP

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad