Header Ads

Forex XM
  • 7 Gajet Ini Boleh Dapatkan Di Lazada Berharga Dibawah RM99

    7 Gajet Ini Boleh Dapatkan Di Lazada Berharga Dibawah RM99 - Mendapatkan gajet dengan harga yang rendah mungkin sesuatu yang agak sukar. Lebih-lebih lagi sekiranya anda tinggal di kawasan yang jauh daripada bandar dimana gajet-gajet ini dijual dengan harga yang sedikit mahal.

    7 Gajet Ini Boleh Dapatkan Di Lazada Berharga Dibawah RM99

    Mujur kini ada Lazada. Nak dapatkan barangan yang diingini lebih mudah dicapai selepas beberapa hari pembayaran dibuat. Buat pencinta gajet, kami ada berita baik buat anda kerana kini terdapat beberapa barangan yang ditawarkan secara sale ketika ini.

    7 Gajet Ini Boleh Dapatkan Di Lazada Berharga Dibawah RM99  
    Sebelum ini, kami pernah mengeluarkan artikel 5 Altenatif Smartphone Yang Anda Boleh Dapatkan Selain iPhone. Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda pula gajet-gajet anda boleh dapatkan dengan harga dibawah RM99 sahaja. Untuk pengetahuan anda, 7 barangan ini berjaya mendapat review dan testimoni positif daripada para pengguna. Oleh sebab yang demikan, apa salahnya jika kami kongsikan kepada anda pula. Berikut merupakan antara gajet yang ditawarkan.

    1. SanDisk Ultra Dual OTG Drive 32GB

     

    Bilakah kali terakhir dengan membeli sebuah pendrive? Seingat saya kali terakhir saya membeli pendrive sekitar 5 tahun yang lepas dimana kapasitinya hanya sebesar 8 GB. Kini sempena promosi Marhaban Ya Ramadhan, anda boleh dapatkan pendrive ini dengan harga RM42.90 sahaja. Apa yang menariknya pendrive keluaran SanDisk ini adalah penyediaan dua port yang ditawarkan.

    7 Gajet Ini Boleh Dapatkan Di Lazada Berharga Dibawah RM99

    Selain daripada menggunakan teknologi USB 3.0 yang membolehkan pemindahan fail dapat dilakukan dengan pantas, anda juga boleh port Micro-USB untuk digunakan pada smartphone anda. Boleh terus stream movie, gambar atau anime kesukaan anda secara terus melalui pendrive ini. Nak transfer fail dari smartphone ke USB pun sangat mudah. Anda boleh dapatkan SanDisk Ultra Dual USB ini di sini. Buat anda yang menggunakan smartphone baru dimana menggunakan slot USB Type-C anda tidak perlu risau, kerana SanDisk turut menawarkannya di sini.

    2. Samsung 32GB EVO Plus Micro SD

     
    Sesuai buat anda yang baru sahaja mendapatkan smartphone baru atau ingin mendapatkan memori kad sebagai backup untuk hasil kerja anda. Melalui keluaran terbaru mereka, Samsung telah mempertingkatkan kelajuan MicroSD EVO Plus Class 10 ini membolehkan fail dapat dipindah dan dibaca dengan lebih laju. Sesuai buat anda yang sering memindah gambar secara pukal daripada kamera anda. Ditambah pula dengan 10 tahun waranti daripada Samsung Malaysia, MicroSD daripada Samsung ini sememangnya berbaloi untuk didapatkan. Berdasarkan review, memori kad yang ditawarkan ini disahkan original.

    3. Xiaomi Mi Piston V4

     
    Nampaknya Xiaomi bukan sahaja cemerlang menghasilkan smartphone dengan harga mampu milik malah Xiaomi Mi Piston V4 juga turut penjadi pilihan ramai pengguna. Earphone ini juga berjaya menjadi antara earphone yang paling banyak menerima pujian dan review daripada orang ramai atas kualitinya. Berikut merupakan antara testimoni yang sempat kami baca.
     
    Anda boleh ikuti lebih banyak testimoni pengguna di sini.

    4. Sony MDR-ZX310

     
    Sekiranya anda lebih selesa dengan menggunakan headphone, Sony MDR-ZX310 mungkin antara headphone yang anda pertimbangkan. Hadir dengan harga mampu milik serta kualiti bass yang mantap antara yang membuatkan sony tersenarai di dalam senarai kami.

    7 Gajet Ini Boleh Dapatkan Di Lazada Berharga Dibawah RM99

    Selain itu, Sony MDR-ZX310 ini turut hadir dengan pilihan 4 warna menarik dan 6 bulan waranti.

    5. JBL Go Portable Bluetooth Speaker


    HADIR DENGAN 5 PILIHAN WARNA MENARIK

    Melihat kepada saiznya yang tidak begitu besar anda mungkin tertipu bagaimana portable bluetooth speaker keluaran JBL ini berjaya menghasilkan sound yang jelas dan bass yang memuaskan. Penyertaan bluetooth pula membolehkan anda pasangkan bersama smartphone Android atau iOS anda dengan sangat mudah. Sesuai sangat sekiranya anda ingin digunakan ketika BBQ atau enjoy bersama rakan-rakan anda di tempat indoor mahupun outdoor. Selain pada itu, harus diketahui juga terdapat speaker portable yang mempunyai rekabentuk JBL GO Portable Bluetooth Speaker versi klon. Atau dalam erti kata lain bukan yang original. Anda boleh dapatkan JBL GO yang original di sini.

    6. Logitech MK215 Combo

     

    Sudah lama menggunakan mouse dan keyboard sedia ada? Mahu beralih kepada mouse dan keyboard tanpa wayar dengan harga mampu milik? Logitech MK215 adalah jawapannya. Hanya perlu dipasang melalui USB connector pada laptop atau PC anda, dan mouse serta keyboard ini boleh terus digunakan dengan secara terus. Logitech MK215 Combo ini yang sebelum ini ditawarkan pada harga RM99 kini ditawarkan pada harga RM64.90 sahaja. Dapatkannya di sini.

    7. TP-Link WiFi Super Booster

     
    Pernahkah anda mengalami masalah gangguan coverage ketika menggunakan Wi-Fi di kediaman anda. Selalunya masalah terjadi ketika mana anda berada berjauhan dengan modem membuatkan capaian internet sukar diterima dengan baik. Penggunaan repeater atau Wi-Fi Super Booster ini mungkin solusi yang anda perlukan. Hanya perlu pasang pada socket dan setup Wi-Fi anda dengan mudah. Anda boleh tonton video dibawah ini untuk penjelasan lanjut tentang bagaimana repeater ini bakal membantu masalah anda.
    TP-Link ini kini ditawarkan pada harga RM85 dan anda boleh dapatkannya di sini. - Thevocket

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad