Header Ads

Forex XM
  • Lelaki Ini Berhijrah Bekerja Petik Buah Di Australia Dengan Gaji Lumayan

    Lelaki Ini Berhijrah Bekerja Petik Buah Di Australia Dengan Gaji LumayanCatatan pengembaraan bekerja sebagai pemetik buah di Australia ini telah ditulis oleh kenalan penulis mengenai pengalaman beliau sendiri. Penulis mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini. Semoga bermanfaat kepada kita.
    bekerja di australia

    Lelaki Ini Berhijrah Bekerja Petik Buah Di Australia Dengan Gaji Lumayan

    September 2013, aku terbang membawa diri ke Australia, atau negara yang dikenali sebagai  "Land down under" dengan dengan niat untuk kerja sementara di sana, sambil mengosongkan kepala otak aku yang sedikit kusut. Cerita aku ini adalah pengalaman baru yang aku lalui dalam hidup aku yang tak pernah aku sangkakan. Cerita ini menceritakan dari mula aku cari tentang kerja petik buah di australia, kerja di sana, dan hinggalah aku pulang ke tanah air.
    bendera australia

    Perancangan sebelum ke Australia

    Pertamanya, aku tahu mengenai kerja di Australia ini melalui seorang kenalan rakanku yang pernah bekerja di sana. Dia memberitahu bahawa gaji bekerja sebagai pemetik buah boleh mencecah RM15,000 sebulan, tapi aku kurang percaya. Gila. Dengar macam mustahil. Kalau betul, kenapa berita ni baru saja aku dengar?
    Tapi tak dinafikan memang terlintas dalam hati ada niat nak cuba untuk ke sana. Tak cuba, tak tahu. Mana taknya, aku masih muda, masih kuat, darah muda la katakan, dan aku pula memang betul-betul tak ada apa nak dibuat ketika tu. Tambahan pulak gaji boleh mencecah RM15 ribu, siapa tak tertarik kan? Kerja di Malaysia 15-20 tahun pon belum tentu boleh dapat gaji macam tu. Boleh jalan-jalan kat sana lagi. Memang tergugat iman aku.
    iklan kerja
    Jadi aku cuba search tentang kerja ini. Aku google saja "petik buah di Australia", berderet yang keluar. "Memang legitlah rupanya kerja ni," kata aku dalam hati. Setelah satu persatu blog aku baca, aku mendapat sedikit sebanyak info tentang kerja ini. Kebanyakan blog lebih kurang sama saja. 

    Gaji

    Menurut blog-blog tersebut, gaji memang boleh mencecah RM15,000 sebulan. Bergantung kepada jenis kerja yang dibuat. Kerja petik buah ini ada dua kategori, dan juga dibayar dengan kiraan berlainan. Yang pertama ialah secara kontrak iaitu dibayar bergantung kepada jumlah bin yang dipetik. Satu bin dibayar lebih kurang $60 (RM203). Bayaran tak sama, mengikut jenis buah dan tempat kerja.
    Yang kedua pula secara hourly atau dikira jumlah jam bekerja. Biasanya gaji hourly adalah di antara $13 ke $15 mengikut tempat dan pengalaman. Contohnya, jika kerja 8 jam sehari, akan dibayar $104, tak kira banyak mana buah yang dipetik, gaji tetap sama dikira mengikut jam.
    saiz bin
    Jadi, kalau kerja 8 jam sehari, selama 30 hari tanpa cuti, dan dibayar $13 sejam, berapa gaji sebulan?
    8 jam x 30 hari x $13 = $3120 (RM10,608)
    Bagi aku, kalau tak dapat RM15,000 pun, RM10,000 pun dah sangat banyak. Bayaran gaji pula akan dibayar seminggu sekali, oleh kontraktor (boss). Oh ya lupa nak bagi tahu, bila kerja di sana, anda bekerja di bawah kontraktor, dan kontraktor pula hanya menyediakan pekerja kepada peladang di sana. Jadi susur galurnya seperti ini :
    Peladang > Kontraktor > Pekerja
    pemandangan ladang
    Maksudnya, peladang akan membayar gaji kepada kontraktor, dan kontraktor akan membayar gaji kepada kita. Agen sudah tidak ada kena mengena dalam dalam cerita ini. Tugas agen hanya membekalkan pekerja kepada kontraktor. 
    Untuk lokasi kerja, ia mengikut musim. Di seluruh Australia terdapat beratus kawasan yang menawarkan pekerjaan seperti ini. Tapi aku hanya ceritakan beberapa tempat di Victoria sahaja. Kebiasaanya di Swan Hill, Robinvale, Shepparton dan banyak lagi, semua ni berada dalam negeri Victoria. Kawasan ini agak jauh dari Melbourne, seperti Swan Hill mengambil masa 5 jam 30 minit dari Melbourne.

    Tempat tinggal

    rumah 710

    Bagi tempat tinggal, biasanya rumah-rumah disediakan berdekatan dengan tempat kerja. Seorang dikenakan bayaran sebanyak $70 untuk seminggu. Tempat tidur tidak diberitahu sama ada seorang sebilik atau kongsi. Dalam otak aku, mungkin kongsi lah kot. Tak kisahlah, janji boleh tidur. Mengikut gambar-gambar di blog, rumahnya lengkap dengan tilam, tempat masak, ovenmicrowave, peti ais, kipas, dan mesin basuh. Itu sudah lebih daripada cukup bagi aku.

    Kenderaan ke tempat kerja

    Bagi kenderaan pula, jika rumah dengan ladang dekat, boleh lah berjalan kaki sahaja. Tetapi jika jauh, akan dihantar oleh kontraktor, atau boleh tumpang housemate atau rakan sekerja yang ada kereta, hanya bayar $3-$5 kepada tuan kereta. Dia akan hantar dan ambil kerja. Semua tu akan diatur bila dah sampai sana. 
    kereta

    Makanan dan barang dapur

    Untuk makanan pula, seminggu sekali pekerja akan ke bandar untuk membeli barang dapur dan sebagainya. Masak sendiri. Mengikut kajian aku, banyak kedai-kedai yang menjual barangan halal di sana kerana ramai orang Islam kat sana. Jadi tak ada masalah tentang makanan, dan ini mungkin hal paling penting bagi kita sebab kita beranggapan tak ada barang mentah halal di negara matsaleh. Malah, makanan yang ada kat Malaysia pon ada di sana seperti Maggi, petai, sardin, kicap semuanya ada di sana. Tak rasa macam tinggal di oversea pon.
    makanan
    Okay, aku dah selesai research. Juga aku dapat info, rupanya ramai orang Malaysia yang dah ke sana dan  kerja serta ada yang dah menetap 5 tahun di sana, dan tak mahu pulang, sebab dah selesa di sana. Ramai di antara mereka yang pergi kerana nak bayar hutang PTPTN, yang nak kumpul duit kahwin, yang nak simpan modal buat bisnes, dan juga pesara yang masih kuat bekerja, tapi mahukan duit lebih.

    Khidmat agen

    Biasanya kalau nak pergi bekerja di sana, ada khidmat agen. Bayaran yang dikenakan biasanya di antara RM3000 hingga RM4500. Bagi mereka yang tak ada pengalaman dan tak ada rakan di Australia, banyak mengambil khidmat agen ini. Tapi ramai juga yang kena "kencing" oleh agen-agen sendiri. Yang ini aku tak mahu komen sangat, sebab ada agen yang jujur dan ada yang tidak. Pandai-pandailah gunakan akal fikiran yang Allah bagi. Kalau lurus bendul, pergi kedai runcit pun boleh kena tipu kan? Disebabkan aku mempunyai seorang adik yang sedang belajar di Melbourne, jadi aku pergi sendiri. Lagipun aku jenis lone ranger. Hehe.

    Bermulanya pengembaraan baru

    26 September 2013, aku selamat berangkat ke Melbourne, Australia. Flight ke Melbourne dari KLIA mengambil masa 8 jam. Sesampai aku di Melbourne, lebih kurang pukul 11.30 malam waktu di sana. Adik aku menjemput aku di Southern Cross station, lebih kurang macam KL Sentral. Satu impian hidup aku telah tercapai. Jejak kaki di negara orang putih. Sejuk masih boleh tahan, tapi perlu pakai pakaian tebal. Kalau tak, menusuk ke tulang. 
    berangkat 395
    Beberapa hari di Melbourne, dipendekkan cerita, aku terjumpa dengan junior ketika aku di sekolah menengah. Cerita punya cerita, aku memberitahu yang aku datang untuk bekerja, dan kebetulan dia pon memang ada plan nak pergi bekerja petik buah, cuma tunggu final exam habis. Alhamdulillah, rezeki aku. Alang-alang aku ikut saja dia, tak perlu aku gunakan khidmat agen lagi. Tamat exam, aku pun ikut junior aku bersama-sama pergi ke Swan Hill untuk bekerja sebagai pemetik buah. Perjalanan dari Melbourne dengan menaiki kereta api memakan masa selama 5 jam 30 minit. Sesampai aku di stesen keretapi Swan Hill, aku dijemput kontraktor aku yang berasal dari Vietnam. Aku dibawa ke rumah yang mana aku akan menghabiskan beberapa bulan di situ.
    melbourne 613

    Tiba di destinasi kerja

    Ketika sampai di rumah pekerja, aku bersyukur kerana terdapat ramai pekerja dari Malaysia. Juga ada dari Hong Kong, Taiwan serta Indonesia. Tak kekok rasanya, rasa macam masih di Malaysia pun ada. Rumah yang aku duduk tu ada lebih kurang 10 orang, aku kongsi bilik dengan junior aku tu. Besar juga rumah dia. Memang selesa, semua kelengkapan cukup. Kalau korang pernah dengar atau baca cerita kerja di Australia dan tempat tinggal macam bangla, mungkin cerita itu dah ditokok tambah, atau memang nasib pencerita itu tak baik.
    Dan disitu ada dua dapur, dan beberapa peti ais, yang diasingkan. Satu untuk non-muslim, dan satu lagi untuk kami muslim. Jadi tak risau la pasal makanan tak halal bercampur atau tak. Aku diterangkan oleh kontraktor tersebut dan diberitahu segala yang aku perlu tahu, dan aku bermula kerja keesokan harinya. 
    pandangan ladang 967
    Kalau korang tengok gambar kat atas, ini lah pemandangan di sebuah kawasan ladang di sana. Macam sawah pun ada. Setiap petak ladang tu pemiliknya berlainan. Rumah-rumah yang korang nampak tu sama ada itu rumah pekerja atau rumah tuan ladang. Kawasan ini lebih kurang macam kampung sikit la, tak banyak rumah. Jadi jangan ingat kalau kerja kat sana korang akan duduk kat bandar pulak. Siapa yang tinggal di kawasan sawah padi contohnya di Kedah, mesti dah biasa dengan kawasan macam ni.
    ladang
    Bermulalah hidup baru aku sebagai pemetik buah. Aku bekerja di ladang stone fruit, iaitu buahan seperti pic, nektarin, plum dan aprikot. Terus terang, kerjanya tidak lah susah mana pun. Boleh kata senang lah bagi aku. Tapi, mungkin tak sama bagi orang lain. Tapi ia bergantung juga kepada tuan ladang. Kalau dia strict, stress sikit lah. Kalau dia jenis relax, memang syok lah. Tuan ladang yang aku bekerja itu sangat lah baik, kiranya tak selalu marah, cuma kena buat kerja dengan baik. Kalau buat salah, akan diajar. Cuma jangan pijak kepala.

    Mula bekerja sebagai pemetik buah

    Bekerja Petik Buah Di Australia Dengan Gaji Lumayan

    Musim petik buah adalah musim bunga, walaupun belum tiba musim sejuk, cuaca tetap sejuk, kiranya pukul 12 tengahari aku masih pakai sweater. Rutin harian kami di ladang sama, bangun pagi, solat, sarapan, dan pegi kerja. Waktu mula kerja pula bergantung pada musim. Kalau musim sejuk, 7.30 baru matahari terbit, mula kerja lambat sebab matahari terbit lambat, gelap susah nak buat kerja. Kalau musim lain selain sejuk, biasanya matahari terbit awal, tambah-tambah lagi musim panas, seawal 6.30 pagi dah mula kerja.
    Kontraktor aku ni mengendalikan beberapa buah ladang di kawasan tu. Sebelum aku betul-betul diambil bekerja, aku perlu dipantau terlebih dulu sama ada aku boleh bekerja atau tidak. Dia letakkan aku di ladang yang paling baik tuannya. Kalau tak okay cara kerja aku, dia akan bagitahu, supaya aku boleh betulkan dan diberi peluang beberapa hari. Tapi kalau tak boleh jugak, bye-bye lah jawabnya. Alhamdulillah kerja aku okay.
    Akan bersambung di bahagian kedua.
    Sumber: iluminasi.com

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad