Header Ads

Forex XM
  • Lirik Lagu Tema Hari Guru 2017 : Guru Pembina Bangsa Negara

    Lirik Lagu Tema Hari Guru 2017 : Guru Pembina Bangsa Negara -  Apakah lagu tema hHari Gur 2017? Berikut dikongsikan Lirik Lagu Tema Hari Guru Tahun 2017 iaitu Guru Pembina Bangsa Negara. Tema yang sama juga telah diguna pakai untuk sambutan Hari Guru pada tahun 2009, 2010 dan 2016. Untuk makluman, Pelancaran Perayaan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. 


    Selain itu, Festival  Hari Guru 2017 juga akan diadakan dari 12 hingga 16 Mei 2017 di Plaza Angsana, Johor Bahru. Masa festival adalah dari jam 1000 pagi hingga 1000 malam. Jom kesana.

    Lirik Lagu Tema Hari Guru 2017 : Guru Pembina Bangsa Negara

    Berikut adalah Lirik Lagu "Guru Pembina Bangsa Negara" untuk panduan pelajar dan guru semua. Lagu ini memang sedap apatah lagi kalau didengar berulang kali.

    Bersedia melangkah megah

    Walaupun sukar baktiku curah
    Demimu ibu pertiwi
    Sumpah ku lafaz janji kukota

    Berikrar eratkan bangsa

    Kukuhkan cinta kepada Negara
    Berjasa terus berjasa
    Menyebarkan ilmu tiada batasnya

    Guru Pembina Negara Bangsa


    Gagah perjuangkan visi Negara
    Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
    Demi agama dan nusa tercinta

    Guru Pembina Negara Bangsa

    Tetap unggul senadakan suara
    Sehaluan menggapai matlamatnya
    Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

    Ciptaan oleh : Khairulrizam bin Khalid

    Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
    Pengubah Muzik ialah Marzuki bin Tambi

    Video Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

    Berikut adalah video nyanyian Lagu Guru Pembina Bangsa Negara




    Selamat Hari Guru tahun 2017. Jangan lupa jasa guru yang telah mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad