iklan1 17 Tahun Lalu Arwah Ayah Tenat Selepas Percaya Saudara Sendiri Yang Jual Ubat, Suruh Berhenti Semua Ubat Hospital - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

17 Tahun Lalu Arwah Ayah Tenat Selepas Percaya Saudara Sendiri Yang Jual Ubat, Suruh Berhenti Semua Ubat Hospital

Share:
iklan2
iklan3

Ada yang mengatakan orang tua dulu-dulu hidup sihat kerana mengamalkan petua perubatan tradisonal kampung sendiri untuk mencegah penyakit-penyakit merbahaya seperti kencing manis dan lain-lain.

Bagi penulis ianya mungkin tidak tepat, ini kerana orang dulu-dulu cara permakanannya mereka amat baik berbeza dengan kini, mereka banyak memakan ulam-ulaman di selang seli ayam dan daging atau ikan selain berkerja keras memerah keringat dan bebas dari makanan yang mengandungi bahan kimia kerana kebanyakkan ditanam dan binatang ternakan dibela sendiri untuk di makan.

Oleh itu orang dulu-dulu hidup sihat kerana gaya hidup mereka dahulu, bukan seperti kita sekarang yang makan macam-macam benda tanpa tahu isi kandungan di dalamnya terutamanya air bikarbonat yang mengandungi begitu tinggi kandungan gula.

Mengenai petua perubatan orang dulu-dulu memang diakui banyak yang berkesan tetapi ada segelintir yang sebenarnya tidak sesuai diamalkan.

Sejak kebelakangan ini kita mungkin sudah dapat melihat ramai ahli-ahli perubatana moden mula menulis dan memberikan penerangan-penerangan tentang cara perubatan yang betul selain kisah menentang beberapa petua perubatan yang dianggap mitos yang sudah pasti mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang menggunakannya.


Maka lahirkan beberapa Page yang dikendalikan pakar-pakar dalam bidang perubatan atau bidang masing-masing di mana salah satunya Root of Science yang sentiasa menjadi rujukan kami menulis tentang fakta dalam bidang perubatan.

Kenapa mereka kini dilihat begitu menjadi-jadi? jom kita baca perkongsian oleh Doktor Nur Ilyani Binti Haji Bujang, kenapa dia dan kumpulannya kini bagitu 'mangganas' menentang dan membongkar mitos perubatan palsu ini, semuanya gara-gara apa yang pernah terjadi kepada bapanya 17 tahun lalu.


Namaku Dr Nur Ilyani Binti Haji Bujang. Anak kepada Pak Bujang Abol Teksi Masai. Ramai yang bertanya kenapa aku makin lama makin galak menentang mitos perubatan palsu.

Semuanya bermula pada 14 Julai pada tahun 2000. Waktu itu umurku 18 tahun. Masih mentah, masih muda. Baru lepas habis SPM dan menuntut di Kolej Matrikulasi Melaka.

13 Julai 2000,

Stesen Bas Larkin (Gambar Hiasan)

Abang sepupuku yang berada di Tampin datang secara mengejut ke kolej. Dia minta aku kemas beg cepat-cepat dan menghantarkan aku ke stesen bas di Bandar Melaka kerana ayah sakit tenat. Aku sampai di Stesen Bas Larkin jam 1 pagi 14 Julai, dijemput makcik.

Bergegas kami semua ke hospital. Ayah di wad D2 (Hospital Sultanah Aminah) sedang sakit tenat dan dia pergi menghadap Ilahi beberapa jam selepas aku sampai.

Lama aku diam menyendiri. Tak pernah aku tanya pada mak apa yang terjadi sebelum ayah pergi. Yang aku ingat, sebulan sebelum itu, dia ada beli berdozen pinggan kenduri. Katanya nanti mudah kalau nak pakai, tak payah pinjam orang. Mungkin waktu itu dia dah ada rasa yang dia akan pergi.

Arwah ayah penghidap COAD (Chronic Obstructive Airway Disease). Atau bahasa mudahnya, saluran paru parunya sudah menyempit dan tidak elok. Dia bergantung kepada berbagai ubatan hospital dan tidak boleh berkerja berat. Nyawanya akan umpama berada di kerongkong kalau dia berjalan jauh.

Penyakit itu bermula pada usianya yang agak muda, lebih kurang awal 40an. Dan makin lama semakin teruk. Setiap tahun paling kurang 2 kali dia akan dimasukkan ke hospital kerana tidak boleh bernafas dengan baik. Waktu itu di wad dada Hospital Sultanah Aminah, semua doktor, jururawat dan PPK kenal Pak Bujang.

Penyebab penyakit tersebut aku boleh katakan banyak faktor.

Arwah ayah bekas perokok. Ayah juga membesar dalam keadaan yang miskin melarat. Hidupnya sejak kecil memang terumbang ambing. Apa jua pekerjaan dia lakukan termasuklah yang berdebu, berhabuk papan. Alat pelindung diri waktu zaman itu langsung tidak wujud.

Lama ayah meninggal, barulah mak bercerita. Rupanya beberapa hari sebelum 14 Julai 2000, ada saudara mara dari Plentong datang.

Entah apa yang mereka cerita pada ayah, maka ayah pun masuk bilik dan mengambil RM 50 sebagai balasan atas pembelian sejenis produk jeli gamat.

Jeli Gamat (Gambar Hiasan)

Di janjikannya ayah bulan dan bintang. Segala yang alami dan tiada kesan sampingan. Disuruhnya ayah berhenti SEMUA ubat hospital.

Sebagai seorang yang terdesak atas kesihatan diri sendiri, ayah menurut sahaja. Sudah tentulah dia termakan dengan janji manis dan kata kata palsu saudaraku itu.

Maka bermulah episod ayah menahan diri dan ‘berpantang’. Segala ubat dan nasihat doktor ayah tolak ke tepi. Padanya, takkanlah saudara sendiri nak menipu.

Tak sampai seminggu, bukannya makin baik. Tapi ayah makin semput. Bercakap pun penat.

Sehinggalah satu tahap dia muntah darah. Maka berusunglah dia ke hospital lagi. 
Cuma bezanya kali ini, dia tidak boleh diselamatkan. Ayah pergi menghadap Ilahi.

Maka aku yang terpinga pinga pulang dari asrama hanya mampu menangis di hujung kaki tubuh yang terkujur, sejuk dan sepi.

Yang aku ingat , ayah ada pesan .

“Ayah tak pandai. Ayah dan mak orang susah. Tapi ayah tak mahu anak anak pun susah macam ayah. Anak anak semua mesti sekolah, mesti belajar rajin rajin. Mesti jadi orang’

‘Ayah sekolah darjah dua sahaja. Hanya boleh membaca dan mengira yang asas.’

‘Ayah tiada ilmu, mudah ditipu oleh manusia licik yang ambil kesempatan’

‘Alangkah bagusnya kalau salah seorang anak ayah jadi doktor. Tak ada lah ayah jadi macam ini’

Pesan terakhir ayah aku simpan rapi. Kemas, umpama janji.

Setelah selesai pengkebumian dan kenduri tahlil ayah, aku pulang semula ke kolej matrikulasi. Penuh azam , penuh semangat.

Berbekalkan CGPA yang baik, aku ditawarkan dua tempat pengajian perubatan serentak. Di Universiti Malaya dan juga di Universiti College Dublin, National Universiti Of Ireland di bawah tajaan MARA.

Puas aku timbang tara, akhirnya aku memilih untuk ke luar negara. Pada umurku 19 tahun, gadis kampung yang tidak pernah menjejakkan kaki ke luar Malaysia, berkelana seorang diri. Anak Pak Bujang Teksi menuntut ilmu di bumi yang jauhnya 11,000km dari mak sendiri. Susah, tapi itu untuk janji pada ayahnya sendiri.

Dan pada hari graduasi 9 Jun 2006, akulah yang sepi sekali. Senyum gembira tapi hati sedih kerana ayah tak ada di sisi.

Aku kemudiannya bertugas menjadi house officer, medical officer, dan akhirnya menjadi pakar dalam bidang Anaesthesiologi dan Intensive Care.

17 tahun (dari tahun 2000), aku bergelumang hidup bersama mereka yang aku panggil pesakit.

Mereka semuanya sama seperti arwah ayah. Terdesak kerana penyakit dan mudah tertipu oleh kata kata manis penjual ubat yang rata-ratanya dari kaum kerabat sahabat handai sendiri.

Ramai yang berhenti mengambil ubatan moden kerana terpengaruh dengan bulan bintang dan kemudiannya datang ke hospital ketika nyawa di hujung tanduk.

Pesakit di ICU sebuah hospital di Indoensia (Gambar Hiasan)

Ada yang masuk ICU kerana kegagalan hati, kegagalan buah pinggang, koma kerana diabetis, kena potong kaki, stroke kerana darah tinggi tidak terkawal.

Setiap kali aku terjumpa pesakit begini, aku mengurut dada….

Situasi itu sama seperti arwah ayah. Tiada beza.

Sedikit aku tidak menyalahkan mereka. Yang salah adalah si licik pengambil kesempatan, yang menipu mengaut keuntungan atas kelemahan.

Maka aku pun mula sedikit demi sedikit. Cuba untuk menyedarkan masyarakat…

Tuntutlah ilmu di landasan yang betul.

Bertanyalah dengan ahli.

Jadikan diri anda orang yang berilmu.

Jauhilah mereka yang menjanjikan bulan bintang.

Sungguh aku tak mahu cerita arwah ayah pergi kerana produk ajaib terjadi pada sesiapa .

Di alam cyber, aku berjumpa dengan rakan rakan yang mempunyai misi yang sama.

Bermulalah penglibatan aku dengan Medical Mythbusters Malaysia

Ada hari aku sedih dengan kecaman netizen.

Ada hari aku gembira. Cukuplah walau seorang aku berjaya 'selamatkan'.

Terima kasih Mr President Ahmad Firdaus. Terima kasih wahai sahabat seperjuangan.


Gambar ayah di Kebun Bunga Istana Johor

Sumber: Siakapkeli