‘Fikir Sebelum Tulis, Nak Bising-Bising Masuk Politik!’ – Qi Razali Kecam Artis Campur Tangan Isu Politik?


Umum sedia maklum, pelakon Fathia Latiff merupakan salah seorang pelakon yang lantang menyuarakan pendapatnya di laman sosial. Walaupun menerima kecaman daripada orang ramai, Fathia tidak pernah serik untuk meluahkan isi hatinya. Baru-baru ini pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira menyelar tindakan Fathia tersebut.

Terbaru, pengacara Qi Razali berpendapat artis tidak perlu campur tangan hal politik, sebagai public figure artis perlu berfikir panjang sebelum bersuara. Apa pendapat korang?

Nak bising-bising masuk politik!



Menerusi satu tweet di twitter, Qi Razali mempersoalkan mengapa seorang anak seni bergaduh mengenai politik di laman sosial. Qi juga berpendapat tindakan sebegitu hanya akan mencetuskan kebencian dan salah anggap orang lain. Menurut Qi lagi, seorang public figure dengan jutaan pengikit harus berfikir panjang sebelum menulis hal berkaitan politik dan bangsa. Kalau nak bising-bising masuk politik!


Ahli politik pun tak campur hal artis



Di ruangan komen, ramai yang kecewa dengan pendapat yang dikeluarkan Qi Razali. Bagi mereka tidak salah artis lantang bersuara, tidak semestinya harus masuk politik barulah ada hak tersebut.

Ramai yang kecewa



Ada yang berpendapat tugas seorang artis bukanlah untuk menghiburkan sahaja, mereka juga berperanan untuk menyuarakan pendapat mereka asalkan tidak berunsur negatif, perkauman dan nilai-nilai yang memalukan.

Sumber: OHBULAN.com

Related Posts

‘Fikir Sebelum Tulis, Nak Bising-Bising Masuk Politik!’ – Qi Razali Kecam Artis Campur Tangan Isu Politik?
4/ 5
Oleh