“Orang Malam Pertama Dengan Isteri, Bukan Dalam Lokap!” – Pengantin Baru Terima Padah Halang Polis

Gambar hiasan

Pengantin yang baru berkahwin pastinya ingin meluangkan malam pertama dan hari-hari berikutnya bersama. Namun, sayang apabila pengantin perempuan ini terpaksa berseorangan ketika malam pertama kerana suaminya telah ditahan lokap.

Baru-baru ini, menurut The Star, seorang pengantin lelaki telah ditahan dan bermalam di dalam lokap gara-gara cuba menghalang polis daripada menangkap rakan di majlis perkahwinannya.

Menurut WORLD OF BUZZ, kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Jalan Putra, Alor Setar ini bermula apabila majlis perkahwinannya dihadiri oleh seorang rakan yang kebetulan dikehendaki oleh pihak polis atas pelbagai jenayah.


Polis yang telah menyerbu majlis perkahwinan itu pada Ahad malam untuk menangkap rakan pengantin telah dihalang oleh sekumpulan lelaki yang terdiri daripada lebih 40 orang kesemuanya bagi memberi ruang kepada rakan mereka melarikan diri tanpa dikesan oleh pihak polis.


Keadaan menjadi huru-hara sebelum pengantin lelaki yang berusia 35 tahun, mencampak gelas air kearah pihak polis dan mencederakan bahagian kiri tangan salah seorang anggota polis.

Ketua Polis Kota Setar, Assisten Komisioner Mohd Rozi Jidin memberitahu sekumpulan lelaki itu termasuk pengantin lelaki sengaja membuat kecoh bagi mengalih pandangan pasukan polis daripada menangkap rakan mereka.

Dalam kekecohan, lelaki yang dikehendaki polis itu telah melarikan diri mengikut pintu belakang hotel.”

Bukan itu sahaja, pengantin lelaki itu turut membuat kecoh sewaktu penangkapannya sehingga pihak polis terpaksa meminta bantuan daripada rakan polis yang lain.

Ahli keluarganya telah merakamkan segalanya sewaktu kejadian. Kami percaya tak lama lagi video rakaman itu akan tular.”

Pihak polis menegaskan mereka tidak akan gusar dan takut walaupun diancam oleh sekumpulan lelaki tersebut demi menjalankan tugas mereka.

Sesiapa yang melanggar undang-undang atau cuba menghalang polis daripada melakukan tugas mereka akan terima padah.”

Niat dan cara pengantin lelaki nak melindungi rakannya ternyata salah tambah-tambah lagi rakannya itu memang dikehendaki oleh pihak polis. Kalau kau kawan yang baik, kau serahkan kawan yang dikehendaki pada pihak polis. Demi kebaikan dia juga…

Sumber: Lobakmerah.com

Related Posts

“Orang Malam Pertama Dengan Isteri, Bukan Dalam Lokap!” – Pengantin Baru Terima Padah Halang Polis
4/ 5
Oleh