iklan1 Pramugari Digantung Tugas Kerana 'Kantoi' Makan Makanan Penumpang - Panduan Semasa

Home Top Ad

iklan kode adsense (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pramugari Digantung Tugas Kerana 'Kantoi' Makan Makanan Penumpang

Share:
iklan2
iklan3

Seorang pramugari digantung tugas selepas dirakam makan makanan penumpang, lapor Mirror.

Kejadian berlaku ketika penerbangan Urumqi Air dalam perjalanan ke utara-tengah China. Difahamkan, rakaman video berkenaan diambil 45 minit sebelum mereka mendarat di bandar Yinchuan.


Menerusi rakaman itu, wanita berkenaan kelihatan seolah-olah tidak peduli apabila menyedari dirinya dirakam rakan setugas.


Video berdurasi 29 saat itu memaparkan pramugari terbabit makan sekurang-kurangnya satu daripada kotak makanan yang disusun di ruang katering pesawat.

Pengguna media sosial Weibo menuntut penjelasan berhubung tindakan pramugari berkenaan selain mempertikaikan peraturan keselamatan makanan dalam penerbangan terbabit.

Urumqi Air dalam kenyataannya menerusi laman sosial mendakwa, makanan dalam penerbangan itu adalah baki makanan yang tidak diambil penumpang.

Bagaimanapun, pihaknya telah menggantung perkhidmatan wanita terbabit dari mana-mana penerbangan kerana salah laku melanggar peraturan syarikat dengan 'merasa makanan' apabila dia sepatutnya melupuskan sisa makanan berkenaan.


Urumqi Air memohon maaf atas kejadian dan melakukan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu. 

Sumber: CARI forum